MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan MINI Clubman Final Edition untuk pasaran tempatan.

Dengan hanya 1,969 unit disediakan di seluruh dunia, MINI Clubman Final Edition menyingkap tahun jentera legenda MINI Clubman dilahirkan, menyulam unsur tradisi jenama ini dengan elemen-elemen rekaan eksklusif serta ciri pemanduan yang kukuh.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, ‘Dekad demi dekad, MINI
Clubman terus menjadi simbol kepada seni reka kereta yang bersifat abadi dan juga prestasi pemanduan yang mengagumkan.

Kami berasa amat teruja untuk merungkaikan MINI Clubman Final Edition di Malaysia, kerana ia membolehkan kita untuk bukan sahaja memberi penghormatan kepada legasi dan sejarah MINI Clubman yang begitu kaya, tapi juga kepada komuniti para peminat MINI yang kian berkembang dan terus menjadi tunjang kepada kejayaan jenama ini. Satu
penghormatan yang layak diberikan, kini hadir untuk alaf yang baharu, MINI Clubman Final Edition merupakan simbol individualiti yang versatil.”

Terhad kepada 20 unit sahaja di Malaysia, MINI Clubman Final Edition didatangkan dengan reka bentuk yang kemas lagi praktikal, ia meraikan tahun jentera Clubman dibina buat pertama kali pada 1969, dengan bahan-bahan yang diperhalus di samping aneka dekorasi serba eksklusif dalam bentuk aksen Shimmer Copper.

Ruang interior yang luas serta pintu but terbahagi yang unik menggandingkan ciri-ciri kefungsian dengan teknologi automotif yang canggih bagi menaik taraf prestasi kenderaan tersebut, justeru merealisasikan pengalaman pemanduan alaf baharu sambil terus berpegang kepada tarikan yang mendefinisikan jentera Clubman klasik.

MINI Clubman Final Edition didatangkan bersama Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 4 Tahun oleh MINI berserta Servis Berjadual Percuma. Harga runcit yang disyorkan berserta SST (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

MINI Clubman Final Edition RM 318,888.00