OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) dan IJM Land Berhad (IJM Land) menjalin perkongsian strategik bagi menawarkan skim pembiayaan pemilikan kediaman hijau, program ganjaran berorientasikan ESG untuk mempromosikan kehidupan lestari.

Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai telah dihadiri wakil kedua-dua
pihak. Kolaborasi antara OCBC Bank dan IJM Land membuka ruang kepada bakal pembeli
melabur atau membeli hartanah diperakui hijau yang dibangunkan IJM, keputusan yang
mementingkan alam sekitar sambil mengurangkan jejak karbon dan kos pemilikan.

Peranan OCBC Bank sebagai bank asing pertama yang menjalinkan kerjasama dengan IJM Land adalah menawarkan pakej pembiayaan yang memberi ganjaran kepada amalan lestari, satu pendekatan holistiknya ke atas hartanah kediaman hijau.

Skim Pembiayaan Kediaman Hijau OCBC direka dengan unik untuk pembeli rumah mesra
alam IJM Land, selain menawarkan kadar pembiayaan yang kompetitif dan pemprosesan
pantas selepas permohonan diluluskan.

Menurut Datuk Wong Tuck Wai, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, aspek mesra alam dan
kelestarian dilihat bukan hanya aspirasi masa depan, sebaliknya keperluan masa kini, di
mana ia menjadi tunggak utama dalam pembentukan konsep dan reka bentuk projek
pembangunannya.

“Dalam usaha berterusan kami untuk menggabungkan Semua projek pembangunan kami
dengan reka bentuk mampan, setiap projek kediaman yang dibangunkan IJM Land wajib
mendapat persijilan hijau.

“Komitmen teras kami terhadap kelestarian ialah mencapai sasaran pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050, dengan matlamat ini turut dikongsi bersama dengan rakan pembiayaan kediaman kami, OCBC Bank.

“Komitmen ini mendorong kami kepada tindakan konkrit, sokongan kukuh untuk memperkasakan kehidupan penghuni hartanah IJM semasa dan masa hadapan.

“Kerjasama ini menawarkan kadar pembiayaan menggalakkan di mana ia membolehkan
individu atau keluarga memilih aspek kelestarian dalam pemilikan hartanah hijau kami.

Menerusi sinergi ini, OCBC Bank dan IJM Land secara bersama mewujudkan pilihan pemilikan kediaman hijau, sekali gus dapat menjadi contoh dan menerajui perubahan dalam sektor hartanah dan kewangan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, IJM Land akan bekerjasama rapat dengan OCBC Bank untuk mempergiatkan lagi promosi kehidupan lestari menerusi penawaran hartanah yang diperakui hijau yang dibangunkan kami.

“Matlamat bersama kami menerusi inisiatif hijau yang penting dan berkesan ini adalah untuk mencetuskan inspirasi dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemilik kediaman ke arah hala tuju kelestarian peribadi mereka. Ia memberi tumpuan terhadap maklum balas ekologi pantas yang memberi impak positif kepada penghuni dan alam sekitar,” katanya.