Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) telah berjaya menganjurkan Larian Heritage Alliance Bank 2023 buat julung kalinya, selaras dengan komitmen Bank untuk menjadi sebuah organisasi yang mengutamakan ESG.

Larian Heritage merupakan komponen penting bagi inisiatif BeESG yang diusahakan oleh Bank. Inisiatif ini bertujuan membantu perniagaan dan individu menerima amalan kemampanan.

Alliance Bank telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik, selaras dengan komitmennya
untuk membina hubungan yang lebih baik dengan komuniti di mana Bank beroperasi.

Larian Heritage telah menyaksikan seramai 3,500 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat meraikan budaya dan warisan George Town sambil menyokong perniagaan tempatan.

Bank telah mendapatkan khidmat sekumpulan penarik beca Pulau Pinang untuk menyediakan tunggangan bagi mengelilingi tempat-tempat dan perjiranan yang bersejarah menggunakan mod pengangkutan yang ikonik ini.

“Sesuai dengan visi kami untuk menjadi bank yang mengutamakan masyarakat sambil membina organisasi yang berteraskan oleh ESG, saya berbesar hati melihat Larian Heritage
yang julung kali diadakan ini berjaya menyediakan ruang tambahan untuk masyarakat di
Pulau Pinang untuk menerima amalan hidup yang mampan.

“Larian ini menjadi pencapaian penting dalam menyokong matlamat UN SDG 11.4 ke arah memelihara dan melindungi warisan budaya dunia. Kami akan terus menganjurkan lebih banyak acara yang membawa impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar,” kata Kellee Kam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank.

Sempena mengekalkan tema kemampanan, lanyard, pingat dan baju T bagi Larian Heritage telah dibuat daripada bahan-bahan yang mampan dan disediakan dalam beg kanvas yang boleh digunakan semula.

Lanyard PET dibuat daripada plastik kitar semula manakala pingat pula daripada kayu yang boleh dikitar semula. Baju T eksklusif Larian Heritage menampilkan fabrik mesra alam daripada botol plastik yang dikitar semula. Alliance Bank juga telah menjalin kerjasama dengan Kloth, sebuah pertubuhan yang diketuai oleh wanita.

Ini mencerminkan usaha Bank untuk memperkasakan masyarakat melalui amalan kitaran dalam industri plastik, tekstil dan pakaian.