BMW Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa ia bakal kembali sebagai rakan automotif premium yang rasmi bagi acara Kejohanan Maybank 2023 (Maybank Championship 2023).

Acara ini, yang diluluskan oleh Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA), adalah berjajaran dengan visi Maybank dalam menjulang kegiatan sukan melibatkan wanita, menghimpunkan atlet-atlet wanita yang terhandal di dunia, dan memberi ilham kepada mereka untuk terus menggapai kecemerlangan.

Menerusi tema “Retake the Green”, kejohanan ini menampilkan pemain-pemain golf terbaik dari serata dunia untuk sebuah persaingan yang mengujakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengambil peluang untuk berkongsi, “Kami berbesar hati untuk menjadi rakan automotif premium yang rasmi sekali lagi untuk Kejohanan Maybank 2023.

Sementara itu, Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria menyatakan, “Sebagai wakil pengedar bertauliah BMW yang terbesar di Malaysia, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan BMW Group Malaysia bagi membekalkan pengalaman pemanduan yang mencerminkan komitmen kami ke atas visi pengangkutan lestari dan inovasi alaf baharu.

BMW Malaysia akan menyediakan barisan kenderaan elektriknya yang tercanggih, terdiri daripada 22 unit BMW iX dan tujuh unit BMW i7. Ia akan menjadi kenderaan rasmi bagi para pemain, pengelola pertandingan, dan VVIP, semasa temasya tersebut berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club.

Di samping itu, sebuah jentera BMW i7 juga akan dipamerkan di Lubang 15, menambah rencah sofistikasi di acara tersebut.