Sunshine Bread hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian roti berkrim SIGNATURE dengan perisa baharu yang menarik iaitu Coklat Belgian dan Krim Keju & ​​Susu Hokkaido, yang tinggi kalsium serta merupakan pilihan roti yang mudah, di samping lazat serta berkhasiat pada masa yang sama.

Roti berkrim perisa Coklat Belgian dibakar dengan menggunakan coklat berkualiti tinggi dari Belgium yang menjanjikan kenikmatan dalam setiap gigitan.

Roti berkrim perisa Krim Keju & Susu Hokkaido pula dihasilkan menggunakan krim keju dan susu Hokkaido premium yang terkenal dengan aromanya yang mewah dan memikat serta rasa yang penuh berkrim, pastinya menawan hati setiap pencinta keju dan ​​susu Hokkaido.

Kedua-dua roti berkrim SIGNATURE Sunshine ini padat dengan kalsium yang dapat membantu dalam memperkuatkan tulang dan gigi serta ditambah dengan tepung gandum wholemeal untuk memberi sumber protein, zat besi, serabut diet, vitamin B1 dan B2 yang baik.

Oleh itu, rangkaian roti berkrim SIGNATURE ini merupakan pilihan roti yang lebih sihat, yang terbaik bagi mereka yang sibuk.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Bread Sdn Bhd, Michael Chew berkata, “Sunshine Bakeries telah menghasilkan rangkaian roti berkrim SIGNATURE dengan mengambil kira kepentingan & kegemaran pelanggan.

Rangkaian SIGNATURE perisa Coklat Belgian serta Krim Keju & ​​Susu Hokkaido bukan sahaja merupakan snek yang lazat dengan rasa yang mewah; malah adalah komitmen kami untuk memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan pilihan roti berkrim yang lebih sihat, lebih mudah untuk dinikmati.

Oleh itu, kami berharap pelanggan akan menggemari perisa baharu daripada Sunshine Bakeries ini dan dapat menikmati rangkaian roti berkrim SIGNATURE pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”

Rangkaian Roti berkrim SIGNATURE Sunshine Bakeries ini memperluaskan lagi pilihan perisa enak dalam rangkaian roti berkrim sedia ada iaitu Mentega Gula, Coklat Hazelnut, Biskut & Krim, dan Vanila Berkrim yang juga dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti terbaik yang diperoleh daripada seluruh dunia.

Selain itu, Sunshine Bakeries juga menawarkan pilihan roti yang lebih sihat dan digemari oleh pelanggan seperti Roti Mil Penuh 100% Australian Oat, Roti dengan Germa Gandum dan Bran, Roti Putih Soft White, dan Roti Pandan Homestyle, yang dihasilkan dengan penuh teliti, padat dengan 100% kebaikan dan mengandungi 0% lemak trans, 0% pewarna tiruan, 0% perisa tiruan serta 0% kolesterol.

Rangkaian Roti berkrim SIGNATURE Sunshine dijual pada harga RM1.50 setiap satu. Mulai hari ini, penduduk Lembah Klang dan Negeri Sembilan boleh mendapatkan roti sihat Sunshine Bakeries di pasar raya dan kedai serbaneka termasuk di AEON, AEON Big, BHPetromart, Giant, Jaya Grocer, Lotus’s, myNews, Petron Treats, Panda Mart dan cawangan Shell Select di Negeri Sembilan serta Lembah Klang.