Pada April 2023, HONOR telah mengumumkan penganjuran Anugerah HONOR Magic Moments 2023 yang menghimpunkan bakat seluruh dunia bagi mencari hasil kreativiti foto telefon pintar HONOR terbaik.

Selepas tarikh penghantaran ditutup pada Ogos lalu, para juri antarabangsa mengambil masa berbulan-bulan meneliti gambar terbaik untuk dijulang sebagai juara.

Selain enam kategori global yang dipertandingkan, jurugambar Malaysia turut teruja menyertai pertandingan peringkat negara bertemakan #MagicMomentsofMalaysia bagi merakam gambar yang melambangkan kemegahan Malaysia melalui lensa kamera telefon pintar HONOR.

Jurugambar Terbaik 2023: Muhd Fuad cipta kemenangan berganda

Buat tahun kedua berturut-turut, Muhd Fuad, jurugambar terkemuka dari Malaysia berjaya
merangkul anugerah Jurugambar Terbaik Tahun 2023. Kemahiran luar biasa Fuad terserlah
melalui fotonya ketika menjelajah Sarawak menggunakan HONOR Magic5 Pro bagi merakam keindahan budaya Borneo dari sisi pandang gadis Melanau.

Kejayaan ini bukan hanya melayakkan Fuad menang anugerah utama malah sekali lagi mengesahkan statusnya sebagai bakat terkemuka dalam fotografi Seni, Budaya, dan Warisan, serta menerima ganjaran RM10,000.

Pakar Fotografi: Kenji Ooi dan Yusuf Madi, Kenji Ooi dan Yusuf Madi merangkul gelaran Pakar Fotografi, masing-masing menerima RM5,000 atas hasil kerja yang mengagumkan. Ooi mempertaruhkan foto barisan menara ikonik Malaysia: Menara Kembar Petronas, Menara KL, Menara TM dan TRX, dengan menekankan kemegahan struktur seni bina negara.

Manakala lensa Yusuf menggambarkan keindahan hutan belantara Sarawak dengan menonjolkan seorang penjaga alam disinari cahaya menembusi latar belakang hutan.

Anugerah Berprestij dan Terhormat – Lebih ramai bakat diiktiraf
Menerima penyertaan yang menggalakkan, Anugerah Jurugambar Berprestij dimenangi oleh Thomas Cheah, Mohamad Nor Amrey bin Rosley, dan Shahrulnizam, masing-masing menerima sebuah HONOR Magic5 Pro.

Manakala 10 peserta yang menerima Anugerah Jurugambar Terhormat: Mahmudul Hassan, Bobby Lau, Mohd Saifuddin, Nazel Noor, Fahmie Izwan, Mazita Suraini, Fiona Tan, Amir Nordin, Sam Lim, dan Kenny Ariovistus.

Anugerah Syor Terbaik – Kejayaan trio Malaysia

Meraih perhatian global, Anugerah Syor Terbaik adalah penyerahan yang diiktiraf secara
antarabangsa, mendapat pengiktirafan sebagai galeri yang layak dipamerkan di peringkat dunia.

Trio Malaysia yang terdiri daripada Ahmed Bakarat, Muhd Fuad, dan KL Chong telah menjunjung nama Malaysia dengan penyerahan mereka yang cemerlang. HONOR Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang mempamerkan kreativiti, pemandangan, ketepatan dan kemahiran Malaysia melalui dunia fotografi telefon pintar.