Sejumlah 600 buah Isuzu D-Max di seluruh negara telah berhimpun bagi menyambut Hari Merdeka menerusi acara Konvoi Merdeka 66, bersama dengan ramai lagi pemiliknya yang terdiri daripada latar belakang berbeza.
Program yang telah dianjurkan oleh Isuzu Malaysia dengan kerjasama rangkaian pengedar
sah jenama itu melibatkan perarakan yang diadakan serentak di 29 lokasi berbeza di seluruh negara pada jam 9.15 pagi, 31 Ogos 2023.
Konvoi Merdeka 66 menjadi perhimpunan terbesar di negara ini yang berlangsung pada
masa yang sama melibatkan Isuzu D-Max, bagi meraikan sambutan Hari Merdeka ke-66
Malaysia.
Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo yang merasmikan acara ini
di cawangan Isuzu Jinjang di Kuala Lumpur berkata, acara Konvoi Merdeka 66 telah memberi peluang kepada pengedar untuk berinteraksi dengan pemilik D-Max dan meraikan
kesepakatan serta keharmonian yang telah dikecapi atas semangat perpaduan di negara ini.
“Dengan matlamat kami untuk menjadikan sambutan Hari Merdeka kali ini lebih bermakna
bersama pengedar dan pemilik D-Max, kami juga ingin meraikan semangat perpaduan dan
sehati sejiwa yang unik, yang sudah terjalin antara rakyat Malaysia melalui sebuah acara
yang melangkau sempadan seperti ini,” ujar Sogo.
Peserta acara Konvoi Merdeka 66 menikmati aktiviti bersama dengan pemilik Isuzu D-Max
yang lain di seluruh negara dan dihidangkan dengan beberapa program istimewa yang telah dianjurkan oleh pengedar masing-masing. Kenderaan peserta juga dihiasi dengan pelekat peringatan dan bendera, serta setiap peserta turut diberikan kemeja-T eksklusif.
Antara aktiviti berasingan yang dianjurkan oleh pengedar yang terlibat ialah lawatan ke
ladang durian, kursus off-road ringkas, sepetang di pantai, destinasi resort terpencil dan
kunjungan ke pusat beli-belah.
Maklum balas daripada pemilik sangat positif dengan ramai daripada mereka menyatakan
keinginan untuk menyertai aktiviti berkumpulan bersama pemilik D-Max lain lagi pada masa akan datang untuk menjalin hubungan mesra dan membina rangkaian persahabatan.