CapitaLand juga merupakan organisasi pertama yang telah dinobatkan sebagai “Company of The Year” di bawah kategori pusat membeli-belah yang menyokong rumah anak-anak yatim di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2022.
CapitaLand telah meraih Anugerah Company of The Year” di bawah kategori Pusat Membeli-Belah di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2023 bagi kempen #GivingBersama 2.0.
Ini merupakan kemenangan kali kedua yang berturut-turut di bawah kategori pusat membeli-belah. Tahun lepas, CapitaLand telah menerima anugerah bagi kategori sokongan untuk kanak-kanak yatim.
Sustainability & CSR Malaysia Awards yang diadakan setiap tahun ini meraikan pencapaian ulung organisasi yang mengaplikasikan kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Malaysia.
CapitaLand melancarkan program #GivingBersama 2.0, sebuah program komuniti yang menyokong benefisiari dari rumah anak-anak yatim dan sekolah di Malaysia bagi keperluan
pendidikan yang utuh, selaras dengan kempen global, #GivingAsOne.
Menerusi sokongan kebajikan CapitaLand Hope Foundation (CHF), kempen ini menyaksikan sumbangan barangan keperluan asas dan kelengkapan alatan sekolah bernilai RM64,000 kepada 1,200 benifisiari kanak-kanak dari 36 rumah anak-anak yatim dan sekolah di Pulau Pinang, Lembah Kelang, Kuantan dan Johor dari bulan Oktober sehingga Disember 2022.

Lebih daripada 80 sukarelawan, yang merupakan kakitangan CapitaLand telah menyumbangkan lebih kurang 590 jam bagi mengedarkan barangan keperluan tersebut dari bulan Oktober sehingga Disember 2022.
Selina Ng, Ketua Peruncitan, CapitaLand Investment (Malaysia), berkata, “Kami sangat
berbangga untuk menerima anugerah ini selama dua tahun berturut-turut dan masih komited untuk memberikan impak yang positif bagi memperkayakan kehidupan masyarakat yang tinggal di sekitar tempat kami beroperasi.
Selain menderma, kami juga gembira dengan sokongan padu yang disalurkan oleh staf-staf, penyewa, rakan perniagaan, serta komuniti yang bersatu dalam membaiki kehidupan golongan yang memerlukan di Malaysia menerusi inisiatif #GivingBersama.”
Secara khususnya, kami percaya inisiatif yang menyokong pendidikan bakal menyumbang
kepada pembentukan masyarakat yang berdaya tahan. Semenjak 2011, CapitaLand telah
membantu lebih daripada 11,200 kanak-kanak yang memerlukan dengan sumbangan
melebihi RM2.2 juta di Malaysia,” ulas Ng.
Program #GivingBersama 2.0 ini diteruskan berikutan hasil kejayaan kempen #GivingBersama yang mula-mula diperkenalkan pada tahun 2021. Program ini yang dibiayai oleh CHF telah menyalurkan sumbangan yang bermakna kepada lebih daripada 650 kanak-kanak dari 17 rumah anak-anak yatim.
Kehadiran CapitaLand di Malaysia merangkumi kelas aset seperti kediaman, peruncitan, penginapan, logistik dan pusat perniagaan. Rangkaian peruncitannya terdiri darpada tujuh
pusat beli-belah, yang mana enam daripadanya dimiliki oleh CapitaLand Malaysia Trust – 3
Damansara di Petaling Jaya, East Coast Mall di Kuantan, Gurney Plaza dan kepentingan
majoriti di Queensbay Mall di Penang, kepentingan majoriti di Sungei Wang Plaza di Kuala
Lumpur dan The Mines di Seri Kembangan.
Pusat beli-belah lain adalah Melawati Mall di Taman Melawati. CapitaLand juga mengendalikan operasi Nusajaya Tech Park, sebuah pusat industri berkeluasan 210-hektar terletak di Iskandar Puteri, Johor.