Program Inisiatif Hijau Synergy terus diperluaskan merangkumi komuniti dan organisasi untuk menyokong matlamat Kerajaan Negeri Selangor bergelar Bandar Pintar emisi rendah karbon menjelang 2025.

Program berkenaan bermatlamat untuk menyasarkan penjimatan tenaga yang setara dengan mencegah lebih daripada 3,700,000 tan emisi CO2, yang serupa dengan penanaman lebih 100,000,000 pokok dalam jangka masa lebih 10 tahun bagi 6,000 Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC) Hartanah Berstrata di Selangor.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, sasaran 2023 berkenaan adalah untuk melaksanakan 10% pencahayaan LED dalam perbandaran Selangor.

Pada masa ini, planet kita “sedang hangat”, dengan isu pemanasan global pada tahap yang
membimbangkan justeru, ia menjadi satu ancaman yang besar.

Menerusi program ini dan dengan memanfaatkan teknologi inovatif, kerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran serupa, dan memperkasakan komuniti, matlamat Synergy adalah untuk membantu Selangor mencapai tahap negeri neutral karbon menjelang 2050 – sekali gus menjadikan planet kita suatu tempat yang lebih mampan untuk generasi akan datang.

Program yang disokong dan diperakui oleh Roadziah Ismail, EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar & Pembangunan Usahawan Negeri serta Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) – Synergy menegaskan komitmennya terhadap tujuan wawasan ini dengan terus melaksanakan penyelarasan dengan rakan kongsinya, JL Facilities Management Sdn Bhd (JLFM), Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan MC Hartanah Berstrata di daerah Selangor.

“Negeri Selangor memberikan komitmen sepenuhnya kepada Program Inisiatif Hijau ini dan kami bersedia untuk melaksanakannya! Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menjalankan proses penilaian yang ketat dan melaksanakan perjanjian pelantikan Synergy bagi dasar ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Synergy kerana memilih Selangor untuk memulakan program bernilai RM400 juta ini yang akan memberikan manfaat kepada 6000 JMB / MC Hartanah Berstrata di negeri ini,” menurut YB. Roadziah dalam ucapannya pada majlis berkenaan.

Geo Bukit Rimau terletak di Shah Alam merupakan hartanah pertama dalam pengurusan JLFM yang bekerjasama menerusi program ini dengan sokongan pihak majlis perbandaran tempatan; Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bergelar antara peserta terawal program ini, Geo Bukit Rimau dikenali sebagai salah satu daripada “Perintis Hijau” Synergy.

Geo Bukit Rimau adalah Perintis Hijau pertama di Shah Alam dalam Program Inisiatif Hijau.

“JLFM merupakan suatu entiti yang beroperasi selama 30 tahun dengan lebih 200 kakitangan yang terlibat dalam industri perkhidmatan kemudahan dan pengurusan. Pada masa ini, kami mempunyai kira-kira 50 projek sekitar kawasan Lembah Klang, merangkumi lebih daripada 15,000 unit.

“Sepanjang tempoh ini, kami telah menguruskan pelbagai hartanah dan mendapati bahawa semua pemilik mahukan yang terbaik untuk hartanah mereka, dan sehubungan itu, peranan kami sebagai pengurus hartanah kini turut dipertingkat dan diperluaskan kepada
inisiatif hijau,” Jeffry Low – Pengarah Urusan JLFM.

Di samping itu, untuk memudahkan peralihan yang selesa dan lancar dalam kalangan peserta yang berminat untuk menyertai program ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor turut mengumumkan pengiktirafan khas.

“Kami menawarkan penyelesaian penjimatan tenaga sepenuhnya, dari segi produk, perkhidmatan, protokol penjimatan dan kewangan – tiada kos pendahuluan untuk menyertai program ini.

“Kami adalah penentu perubahan di pasaran dengan 210 lumen per watt hanya pada 5 watt dan direka untuk bertahan sehingga 150,000 jam yang bersamaan dengan 34 tahun.

“Kami melakukannya untuk segmen komersil tetapi kini kami benar-benar mahu mengetengahkannya kepada segmen kediaman memandangkan ia merupakan bahagian
penting dalam keseluruhan masyarakat,” menurut Pengarah Eksekutif Synergy ESCO, Eva
Yim.

Disokong oleh pengiktirafan MMKN ke atas dasar ini, Synergy kini mampu menyediakan pelan yang lebih mampan untuk bakal peserta JMB & MC Hartanah Berstrata yang terpaksa berhadapan dengan kos operasi yang meningkat, dan kini harus mengurangkannya serta pada masa yang sama mengurangkan jejak karbon mereka.

Kini sudah tiba masa untuk bertindak, dengan tagline Synergy “Go Green Now, No Plan B!”
yang diharap dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk mula bertindak dan
membantu untuk merawat, menyayangi dan menghargai satu-satunya planet kita ini.