SIBS, salah satu peneraju teknologi pembinaan modular terkemuka dunia, berbangga untuk mengumumkan bahawa ia berjaya memperoleh kontrak bernilai berbilion ringgit untuk menyiapkan 2,174 apartmen di Neom, salah satu projek perbandaran terbesar yang terletak di barat-laut Arab Saudi.
Projek berkenaan akan disiapkan dalam bentuk bangunan yang siap sepenuhnya. Keseluruhan projek akan disediakan dan ditauliahkan menjelang Suku Ketiga 2024. Pencapaian penting ini menandakan satu kejayaan untuk pertumbuhan dan kemajuan berterusan syarikat dalam industri.
Projek berkenaan, yang dikenali sebagai NEOM bakal menjadi pembangunan inovatif di tengah bandar NEOM, ditujukan untuk mereka yang bekerja dalam bidang perancangan,
kejuruteraan dan pembinaan projek terbabit.
Dengan 2,174 apartmen dibina menerusi 35 bangunan, pembangunan terbabit menawarkan ruang kehidupan mewah dan pelbagai kemudahan bersesuaian untuk memenuhi keperluan penghuni bandar serba moden.

Bangunan terbabit terdiri daripada apartmen satu dan dua bilik tidur yang dilengkapi sepenuhnya dengan perabot siap terbina yang berkualiti, bilik air eksklusif dan balkoni
untuk setiap apartmen.
Kemampanan sentiasa menjadi satu-satunya falsafah reka bentuk kami dan bersama dengan sistem bangunan yang efisien, kami mampu mencapai tahap kecekapan tenaga
yang tinggi.
Rekaan bangunan kami yang fleksibel lagi teguh membuatkan penempatan semula bangunan ini ke kawasan lain NEOM menjadi mudah apabila projek mega ini terus berkembang.
“Kami teruja dapat meraih projek besar ini. Perkembangan ini melambangkan peristiwa
penting untuk syarikat dan menggambarkan komitmen kami untuk mencipta pengalaman
kehidupan yang luar biasa buat penghuni.

“Pemilihan SIBS sebagai pembekal kepada NEOM jelas menunjukkan bahawa kami mempunyai kecekapan dan kekuatan yang tidak dapat ditandingi ramai. Kami berharap dapat memberi sumbangan kepada pembangunan NEOM sebagai hab antarabangsa antaranya untuk inovasi, perniagaan dan pembangunan mampan.
“Kami teruja untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan NEOM dan pada masa sama, menyediakan komuniti yang bertenaga dan mampan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIBS Group, Erik Thomaeus.
Apabila SIBS bermula pada 2016, pasukan berkenaan hanya mempunyai satu misi iaitu untuk merevolusikan cara pembinaan rumah. Kapasiti berskala besar dan keupayaan untuk
memenuhi keperluan berbeza dari pelusuk dunia diperkukuhkan lagi dengan meraih projek
NEOM.
Tahun lalu, syarikat pembinaan modular terbaik ini membuat pelaburan kilang baharunya di
Pulau Pinang, Malaysia. Sejak itu, produktivitinya meningkat empat kali ganda, menjadikan
SIBS salah satu pengeluar terbesar modul apartmen di dunia. Kilang canggih meliputi
kawasan seluas 550,000 kaki persegi pada tapak 28 ekar ini juga hampir kesemuanya
beroperasi menggunakan tenaga solar untuk mengurangkan jejak karbon.
Kilang baharu itu direka untuk memenuhi keperluan dunia yang kian meningkat dari segi kaedah pembinaan yang lebih pintar, cekap dan berkesan.

CEO SIBS Malaysia, SP Ong, berkata, “Projek ini membolehkan syarikat kami mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri dalam pembinaan modular. Kami mempunyai produk yang unik dan mendapat permintaan tinggi, dan saya yakin bersama pasukan profesional kami akan terus melakukan penambahbaikan untuk mengukuhkan kedudukan dalam industri sebagai peneraju dalam teknologi pembinaan.
“Segalanya di kilang kami direka dan dibina secara khusus, daripada sistem pengeluaran sehingga mesin yang digunakan untuk pengeluaran – sesuatu yang tidak dimiliki pesaing.
“Tidak lupa bahawa kami antara yang terawal dapat menyiapkan 90% daripada bangunan apartmen luar dari tapak dan hanya 10% kerja di tapak.Kami juga berbangga untuk menjadi syarikat yang mengutamakan penggunaan pembekal tempatan dan bakat profesional tempatan.
“Untuk terus meningkatkan kecekapan, kami juga menempatkan pembekal utama kami secara strategik berhampiran dengan kilang kami untuk mengelak gangguan pada pengeluaran.
“Ia turut mengurangkan kebergantungan kami pada sumber jauh yang terdedah kepada gangguan dan ketidaktentuan. Ini mengurangkan risiko dan keupayaan kami untuk bertindak balas dengan cepat kepada permintaan dan keadaan yang berubah,” katanya.





































