Acara PUMA House of Football yang pertama akan berlangsung pada hari ini hingga 8 November 2022 – menampilkan produk ikonik PUMA dalam sejarah bola sepak dan beberapa legenda bola sepak Malaysia termasuk Datuk Wira “Tauke” Soh Chin Ann, Datuk James Wong, dan Datuk Santokh Singh

Jenama sukan global PUMA telah mengorak langkah dalam usaha mengangkat keunggulan bola sepak di Malaysia! PUMA House of Football merupakan acara selama seminggu yang mempamerkan jenama terpantas di dunia ini memulakan misi menyemarakkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aktiviti interaktif yang menggamit memori sejarah bola sepak global, dan pelbagai lagi.

Berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya (ruangan Concourse, West Wing) pada hari ini hingga 8 November dari jam 10 pagi hingga 10 malam, pameran PUMA House of Football adalah sebahagian daripada komitmen jenama ini untuk sentiasa memajukan dan memacu perubahan positif dalam sukan bola sepak baik di peringkat tempatan mahupun global.

“Bola sepak adalah sebahagian daripada DNA PUMA, sama juga seperti rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia membesar mempunyai kenangan indah bersama sukan ini, yang
mengajar kita erti nilai daya saing, kerja berpasukan, nasionalisme, persahabatan dan bersatu padu.

Justeru itu, inisiatif yang dilaksanakan pada hari ini bermatlamat meraikan keindahan sukan bola sepak, mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi, sekaligus mengukuhkan
sokongan berterusan PUMA terhadap komuniti bola sepak yang sedang berkembang daripada peringkat akar umbi sehingga ke persada antarabangsa,” kata Steven Tan, Pengurus Negara PUMA Malaysia.

“Kami percaya Malaysia mempunyai ramai bakat bertaraf dunia, justeru itu kami akan berterusan berusaha meningkatkan arena bola sepak tempatan menerusi jalinan kerjasama
rasmi bersama Liga Bola Sepak Malaysia dan ACTIVE SPORTS serta banyak lagi. Kami
komited dengan misi untuk membentuk sebuah komuniti yang membolehkan bakat ini
berkembang maju,” katanya.

Antara kemuncak acara House of Football ini adalah aktiviti menelusuri sejarah bola sepak,
yang menyaksikan PUMA mempamerkan koleksi barangan pilihan yang paling ikonik dalam
sejarah bola sepak, yang diperoleh dari seluruh dunia.