The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mengalu-alukan musim cuti ini dengan pelbagai sajian keraian yang baharu dan juga tersayang.

Sebab, bukankah makanan dan minuman serba istimewa yang dinikmati bersama insan kesayangan adalah cara yang terbaik untuk menyambut suatu keraian?

“Kebanyakan kita meluangkan sebahagian besar daripada masa dan juga tahun kita bagi tanggungjawab harian,” sebut Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

“Dan dengan menjelangnya musim cuti hujung tahun, The Coffee Bean & Tea Leaf® ingin mengajak anda semua untuk berehat sejenak sambil meraikan bibit kebersamaan dengan insan yang disayangi.

Barisan minuman keraian daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia bagi musim ini berpaksikan ramuan coklat dan pudina, yang mendatangkan kemesraan dan “kebersamaan
dalam setiap cawan”.

Malah, biar sesiapapun anda, pasti ada sesuatu yang dapat menggamit citarasa anda!
Bagi penggemar latte, setiap cawan disajikan dengan kasih sayang, “a latte love”.

Pilihan yang disediakan meliputi Macadamia White Chocolate Latte (panas/berais) (kecil RM17.90, biasa RM 18.90), Double Chocolate Peppermint Latte (panas/berais) (kecil RM 17.90, biasa RM 18.90), atau Gibraltar Peppermint Latte (panas/berais) (biasa RM 15.80).

Para peminat minuman Ice Blended® kami juga pasti akan rambang mata setelah menyaksikan sajian minuman pencuci mulut kami – ia terdiri daripada Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90), Pure Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM19.90) dan Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90).

Starry Starry Night (Whole)

Tidak lupa juga para penggemar Cold Brew kami, sempena musim cuti ini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Macadamia White Chocolate Cold Brew Latte (kecil RM 14.50, biasa RM 15.50) dan Peppermint Cream Cold Brew (kecil RM 14.50, biasa RM 15.50).

Akhir sekali, untuk menyempurnakan musim yang diisi keseronokan ini, kami persembahkan secawan koko yang menggiurkan – hadir dalam bentuk Double Chocolate Peppermint Cocoa (panas/berais) (biasa RM 18.90).

Sajian kopi Holiday Blend kami juga kini kembali (kecil RM 9.50, biasa RM10.50) dan akan dihidangkan secara percuma bersama All-Day Breakfast Set kami!