Untuk pusingan ini, Maxis bekerjasama dengan SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA), platform tahunan yang mengiktiraf PKS, konglomerat dan usahawan yang telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan positif.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis Awards dan cara menghantar cadangan,
kunjungi https://www.maxis.com.my/en/maxis-awards/.Untuk maklumat lanjut mengenani
SEBA, layari https://seba.asia.
“Sejak pelancaran Maxis Awards tahun lepas, kami mendapat inspirasi daripada minda inovatif yang mempunyai keinginan yang kuat untuk memberi impak positif dan mampan kepada masyarakat.
Kami berbesar hati untuk meneruskan perjalanan ini dan sangat menggalakkan perusahaan di luar sana untuk mengemukakan cadangan mereka. Kami juga teruja untuk bekerjasama dengan SEBA untuk pusingan ini, sekaligus dapat berkolaborasi dan berusaha demi mencapai aspirasi bersama,” kata Loh Jeh Kiat, Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis.
SEBA dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia dan dikendalikan oleh Xhale Asia (M) Sdn Bhd sejak 2016, serta berpegang teguh sebagai merit yang saksama, bebas, dan objektif untuk perusahaan.
“SEBA dan Maxis berkongsi matlamat yang sama – untuk mengiktiraf pengusaha tempatan
yang cemerlang, dan menyokong mereka untuk lebih maju serta berjaya. Maxis menginspirasikan kami melalui komitmen mereka dalam memupuk inovasi digital dan
menyokong negara untuk terus maju dan cemerlang.
Oleh itu, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka dalam pusingan anugerah ini, agar dapat mencari dan menghidupkan idea teknologi yang terbaik. Kami berharap kerjasama ini mempercepatkan pertumbuhan usahawan dalam Malaysia yang baharu dan digital,” kata Nitesh Malani, Pengasas SEBA dan Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia.