Sambutan tahunan Acer Day kembali menemui orang ramai dan kali ini, ia menampilkan sejumlah persembahan, promosi jualan, ganjaran dan aktiviti yang boleh disertai oleh semua.

Tema tahun ini, ‘Make Your Green Mark’, menumpukan usaha Acer untuk alam sekitar dengan menyalakan semula komitmen untuk amalan kelestarian, selain bertujuan sebagai peringatan untuk usaha kolektif yang diperlukan untuk tanda hijau (green mark).

“Diperkenalkan pada 2017, kempen Acer Day membantu meningkatkan imej dan jenama syarikat dalam kalangan pengguna sebagai jenama yang ‘segar dan penuh stail’, pada masa yang sama mempromosikan advokasi, pelanggan dan rakan kongsi.

Tahun ini, dengan fokus terhadap kehidupan lestari dan promosi siri Vero yang mesra alam, Acer berharap agar mengumpul lebih banyak sokongan dalam usaha memulih alam sekitar dan mengingatkan kepada semua pihak tentang tanggungjawab mereka memelihara dan menjaga planet,” menurut Andrew Hou, Presiden Acer Asia Pasifik.

Bagi Acer Day 2022 di Malaysia, syarikat itu menjemput rakyat Malaysia menyertai usaha kelestarian dan ‘Make Your Green Mark’ dengan mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula.

Memandangkan langkah kecil seperti kitar semula boleh mengurangkan pembaziran selain membawa perubahan besar kepada alam sekitar, Acer menggalakkan rakyat Malaysia membawa sekurang-kurangkan lima (5) plastik botol PET yang bersih dan kosong ke Acer Day 2022 di Pavilion Bukit Jalil, atau stor konsep Acer mahupun pejabat Acer di Lembah Klang bagi menerima ganjaran kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM5.

Inisitatif ini berterusan dari 21 Julai hingga 7 Ogos dan plastik botol yang terkumpul akan dihantar ke pusat kitar semula selepas tamat acara.

Tidak kira kecil atau besar, setiap usaha penting adalah penting untuk kelesetarian. Acer mahu membantu rakyat Malaysia memulakan tabiat lestari mereka menerusi cabaran 21 hari yang membawa peserta menempuh pelbagai aktiviti yang membantu mereka mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula.

Peserta yang menamatkan cabaran berpeluang memenangi sebuah Aspire Vero.

Sebagai sebahagian daripada sambutan tahun ini, Acer Malaysia juga mengadakan jerayawara Acer Day ‘Make Your Green Mark’ di Pavilion Bukit Jalil selama 5 hari bermula 3 Ogos 2022.

Ia menampilkan beberapa siri promosi termasuk program tukar-beli untuk komputer riba, tablet, desktop, and komputer AIO, sama ada berfungsi atau tidak, termasuk rebat tunai RM500 untuk sebuah Aspire Vero.

Bagi menambah keterujaan, Acer bakal menganjurkan jualan kilat pada 7 Ogos 2022 pada jerayawara Acer Day itu. Dengan diskaun antara 15% ke 90% bagi barangan terpilih, jadual di bawah memaparkan beberapa promosi jualan kilat.