Fave, aplikasi pembayaran pintar Asia Tenggara, mengumumkan kerjasama strategik terbaru mereka dengan CIMB Bank Berhad (CIMB) untuk menawarkan perkhidmatan mudah alih beli sekarang, bayar kemudian (BNPL) kepada pelanggan CIMB.

Tawaran itu bertujuan untuk menyediakan akses pilihan pembayaran alternatif dan fleksibel kepada pembeli dan menghubungkan peniaga kepada pangkalan pelanggan yang lebih besar di seluruh Malaysia.

Kerjasama ini membolehkan lebih 8.4 juta pemegang kad debit CIMB mendapat akses kepada perkhidmatan BNPL Fave di lebih 15,000 lokasi peniaga, termasuk Al-Ikhsan, PUMA, Box of el dan banyak lagi.

Perkhidmatan BNPL Fave memberi lebih fleksibiliti kerana ia membolehkan pembeli membahagikan pembayaran kepada tiga ansuran tanpa faedah. Selain itu, pengguna akan
mendapat manfaat daripada ganjaran yang pelbagai: memperoleh mata bonus CIMB dan
pulangan tunai sehingga 15% dengan pembelian mereka dengan penjual terpilih.

Kerjasama ini merupakan respon kepada anjakan dalam cara perbelanjaan dan membeli-
belah para pengguna. Peruncit bukan sahaja mahu menggunakan kaedah pembayaran
digital tetapi juga menawarkan penyelesaian untuk meningkatkan kemampuan pelanggan
terhadap produk dan perkhidmatan mereka.

Dengan peningkatan pilihan BNPL, pelan ansuran dalam talian kini melengkapi perkhidmatan kad kredit biasa. Hari ini, Malaysia telah meningkat menjadi kawasan tumpuan serantau untuk BNPL, dengan sebanyak 49% antara 2022-2028 [1] .

Samir Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB berkata
“Kami teruja untuk menyertai trend yang sedang berkembang pesat ini bersama Fave
sebagai rakan niaga kami dalam menyediakan perkhidmatan BNPL yang mudah dan
senang digunakan kepada pelanggan kami.

Perkhidmatan ini menyediakan pelanggan dengan pilihan pembayaran alternatif dan fleksibel kerana mereka berurus niaga secara digital dalam persekitaran mudah alih hari ini.

Perkongsian ini menandakan satu lagi langkah ke arah penumpuan inovasi dalam pembayaran digital dengan platform perbankan yang mantap untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.”

Joel Neoh, Ketua Pegawai Eksekutif Fave, berkata “Kami berbesar hati untuk bekerjasama
dengan CIMB dan berusaha ke arah misi kami untuk memudahkan pengalaman membeli-
belah yang bermanfaat dan berpatutan untuk pelanggan.

Misi yang kini telah diperluaskan lagi kepada 8.4 juta pengguna kad CIMB. Dengan FavePay Later, kami memperkasakan pengguna Malaysia untuk membeli produk dengan cara yang paling mudah: hanya pilih untuk membahagikan bil kepada tiga ansuran tanpa faedah semasa membuat pembayaran