Banjir adalah antara bencana semulajadi yang paling biasa berlaku in Malaysia oleh kerana  cuaca Khatulistiwanya dan terdapatnya dua musim monsun.

Ia menjadi lebih teruk sejak kebelakangan ini, berpunca dari perubahan cuaca dunia yang nyata dan natijahnya adalah  kejadian banjir  teruk yang melanda kawasan bandar dan luar bandar awal tahun ini.

Menjelangnya musim monsoon dan hujan, risiko banjir adalah jelas. Ia juga terus menjadi kebimbangan sekali lagi kepada ramai rakyat Malaysia yang masih belum diinsurankan terhadap banjir.

Statistik dari Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menunjukkan hanya 4% dari rakyat Malaysia yang telah membeli perlindungan insurans banjir.

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) menambah ketika salah satu kejadian banjir yang berlaku di negara tahun lalu, lebih daripada 80% kenderaan yang ditunda oleh syarikat insurans tersebut  tidak mempunyai perlindungan banjir.

Di sebalik peningkatan yang agak kecil di kalangan  mereka yang membeli perlindungan banjir selepas kejadian banjir tahun lalu (3.9% dari pemegang polisi motor  AXA telah memasukkan perlindungan banjir ke dalam polisi motor mereka tahun ini), ramai rakyat Malaysian masih kurang perlindungan insurans dan mempunyai kesedaran yang rendah terhadap kepentingan insurans banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet berkata, pada hakikatnya, seseorang hanya sedar tentang kepentingan perlindungan insurans selepas berlakunya sesuatu insiden bila mereka tidak menerima sebarang pampasan atau tidak mempunyai  cara untuk  menggantikan kerugian atau kerosakan mereka.

Pemikiran seperti ini mesti diubah kerana insurans bukan mengenai ramalan atau pelaburan, tetapi  langkah  bersedia terhadap risiko luar jangkaan dan memastikan perlindungan kewangan dan ketenangan minda.”

Insurans banjir adalah suatu keperluan dan adalah penting untuk menginsurankan kenderaan, kediaman dan harta – harta lain untuk mengurangkan impak kewangan sebarang kecelekaan jika ianya berlaku.

Oleh kerana banjir adalah perlindungan pilihan di bawah polisi motor komprehensif, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk membeli atau menambah pelan insurans  untuk merangkuni Bencana banjir atau Bencana Khas (yang bukan sahaja melindungi terhadap banjir tetapi melindungi juga ribut, tanah runtuh dan lain-lain bencana semulajadi).

Perlindungan banjir AXA untuk kenderaan dan kediaman boleh dilanggan terus dari AXA, agennya, rakan kongsi dan pasaran insurans. Jika berlakunya banjir, AXA komited untuk menawarkan segala bantuan kepada pemegang polisi dalam memudahkan proses tuntutan , khidmat penundaan percuma , perkhimatan hotline 24 jam dan lain-lain lagi.

Di samping itu, untuk memupuk kesedaran yang lebih dan penghayatan tentang insurans banjir, AXA telah melancarkan kempen  #BeFloodSmart di atas platfom media sosialnya untuk berkongsi tip Pendidikan dan maklumat tentang banjir dan perlindungan insurans. Untuk mengetahui dengan lanjut, sila layari https://www.facebook.com/MYAXAAffin