Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Prof Adjung, Datuk Dr Mustapha mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Kemboja, Okhnya Datuk Othsman Hasan di pejabatnya dan membincangkan pelbagai isu ummah, pendidikan, ekonomi dan sosial.

Dalam pertemuan itu, turut dibincangkan kerjasama antara NGO di mana Okhnya Datuk Othsman berharap umat Islam Malaysia terus membantu umat Islam Kemboja dengan pelbagai bantuan seperti mana sebelum pandemik Covid-19.

“Kini keadaan sudah berubah kerana pandemik Covid-19 dan ramai yang terkesan termasuk umat Islam di Kemboja,” katanya.

Mustapha merupakan tokoh perundingan bagi membebaskan 47 tahanan rakyat Malaysia pada tahun 2019. Okhnya Datuk Othsman Hasan banyak membantu usaha perundingan dan pembebasan berkenaan kejayaan pembebasan ini tanpa syarat dan kos adalah kejayaan terbesar negara yang melibatkan 47 tahanan rakyat Malaysia yang ditipu dengan tawaran pekerjaan keluar negara.

Kejayaan pembebasan ini bersandarkan hubungan baik NGO kerjasama erat pelbagai pihak termasuk kerjasama diplomatik Malaysia Kemboja selama ini.

Mustapha seterusnya mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri Kementerian Kebudayaan dan Agama, YB Ashari Ayub di pejabatnya.

Isu berkaitan umat islam Kemboja khususnya pendidikan ekonomi sosial dan umat Islam kena mengambil peluang yang khususnya ditawarkan oleh Kerajaan.

Mustapha berharap YB Ashari dapat memberi dorongan kepada anak-anak muda Islam dapat menerusi pengajian dalam pelbagai bidang seperti jurutera, juruterbang, peguam, bidang kewangan, farmasi dan lain-lain bidang yang boleh membangunkan masyarakat dan negara.

Oleh itu, masyarakat Islam Kemboja perlu bangkit membangun oleh itu ibubapa perlu menyokong usaha-usaha berkenaan YB Asahari perkara ini sedang dirancang dan teliti.

Beliau berkata, kesedaran ibubapa kini kepada pendidikan amat menggalakkan. Beliau juga berkata, kebanyakan Masyarakat Islam Kemboja boleh berbahasa Melayu khususnya ustaz dan ustazah yang mendapat pendidikan agama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak.

“Jadi pendidikan bahasa Melayu ini turut diajar kepada pelajar khususnya generasi muda,” katanya.

Sementara itu, Dr Mustapha turut mengadakan pertemuan dengan San Karriya penasihat Sekolah Tahfiz Saluddin di Battambong, Phnom Penh.

Beliau berbincang bagaimana untuk terus menjana pendapatan bagi sekolah tahfiz kerana sewaktu pandemik Covid-19 tidak banyak sumbangan yang diterima oleh kebanyakan sekolah agama tidak lagi menerima sumbangan disebabkan banyak syarikat dan individu terkesan akibat pandemik Covid-19.

Mustapha berkata, sekolah agama perlu mencari jalan bagaimana untuk menjana ekonomi sendiri seperti mengadakan Tabung khas, perniagaan kecil kecilan dan mengeluar produk sendiri/mengambil upah jualan barang keperluan asas.

Menurut San Karriya beliau berharap peringkat awal sekolah Agama dan Tahfiz memerlukan modal untuk memulakan semula persekolahan yang terkesan akibat pandemik.

“Banyak juga sekolah terpaksa ditutup kerana kekurangan dana dan sumbangan dari luar negara khususnya dari Malaysia.

“Mustapha juga berharap penderma dan NGO dari Malaysia boleh terus menyumbang apabila pintu sempadan dibuka dalam keadaan endemik kelak,” katanya.

Mustapha seterusnya berharap lebih ramai penderma atau NGO tertentu dapat membantu sekolah-sekolah pendidikan agama di Kemboja dengan datang melihat sendiri kedaifan mereka.

“Bagi mereka yang ingin datang ke Battambong atau Siem Reap boleh hubungi ustaz San Kariyya di talian 0855 16944387 kerana jarak antara ibu negeri Phnom Penh ke Battambong adalah kira-kira 500 km tetapi jarak dari lapangan terbang Bandar Siem Reap adalah lebih dekat.

“Kedudukan masyarakat Islam Kemboja ada di merata tempat begitu juga masjid, surau dan sekolah agama.

“Apa yang penting menghidupkan sistem pendidikan Islam adalah suatu usaha yang murni bagi membangun generasi muda yang berilmu dan berakhlak mulia. Ianya bagi menjamin kesejahteraan Ummah sejagat,” katanya.