Peletakan jawatan besar-besaran atau ‘The Great Resignation’, mungkin telah mencetuskan penghijrahan para pekerja di seluruh dunia, namun bilik-bilik berita sekitar Asia Pasifik sedia untuk memerangi tren tersebut.

Hampir separuh daripada para pengamal media di wilayah tersebut berhasrat untuk terus kekal dengan kerjaya masing-masing, hanya 8% responden mencari peluang untuk berhijrah ke industri lain, menurut hasil dapatan kaji selidik Telum Media yang telah diterbitkan hari ini.

Telum Asia Pacific Journalism Survey 2022 menghimpunkan 1,133 respon para pengamal
media merentasi wilayah Asia Pasifik: Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, China, Hong Kong, Macau dan Taiwan. Kaji selidik ini dijalankan bermula November 2021 sehingga Januari 2022.

Di Malaysia, sebahagian besar para pengamal media (16%) mempunyai perancangan untuk
beralih ke industri lain menjelang tahun 2022. Dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa
COVID-19 (69%) dan ketidakstabilan landskap politik tempatan (62%) kekal menjadi antara kegusaran terbesar yang dihadapi para pengamal media tanah air.

Para pengamal media Malaysia juga antara golongan yang paling khuatir mengenai kestabilan pekerjaan, dengan satu pertiga (34%) berpendapat bahawa ia merupakan antara cabaran terbesar yang perlu mereka hadapi bagi tahun 2022.

Tidak mengejutkan apabila lebih ramai para pengamal media Malaysia merancang untuk bergerak bebas: 7% berbanding purata sebanyak 4% merentasi APAC.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa industri kewartawanan Malaysia secara umumnya berada dalam suasana positif, meskipun mereka kekal bersiap-siaga menentang
cabaran-cabaran sedia ada seperti COVID-19 dan berita palsu.

Hampir separuh (46%) bersifat optimistik atau mempunyai optimisme berjaga-jaga mengenai industri media menjelang 2022. Sementara itu, 75% percaya bahawa pandemik ini telah memperkasa atau menambah baik persepsi mengenai kepentingan dunia kewartawanan, dengan hanya 11% berpendapat bahawa persepsi mengenai kepentingan kewartawanan semakin berkurang.

Beralih kepada saranan kerjaya kewartawanan, separuh daripada jumlah responden bakal
menyarankan karier kewartawanan kepada kenalan mereka, manakala 23% lagi bersikap
neutral.

“COVID-19 telah menjadikan kewartawanan sebuah industri yang lebih mencabar. Namun
pandemik ini tidak menghalang para pengamal media untuk terus mempunyai hala tuju misi yang jelas, optimisme yang berjaga-jaga dan kerjaya yang bergerak seiring dengan
kemajuan teknologi,” ujar Tim Williamson, Pengarah Urusan, Asia Pacifik, Telum Media.

Dapatan kaji selidik ini juga mengiktiraf kepentingan platform-platform digital dalam landskap media tanah air, dengan 80% yakin bahawa media sosial bakal memiliki kepentingan yang lebih besar menjelang tahun hadapan, diikuti dengan penerbitan digital (70%).

Walaupun ramai yang beralih kepada penceritaan dalam format video sedekad yang lalu,
30% tenaga kerja media kini meramalkan bahawa dunia siniar akan mengalami
pertumbuhan yang paling utama, seterusnya membuka jalan kepada kegemilangan dunia
audio.

Hampir dua daripada setiap tiga orang (66%) pengamal media berpendapat bahawa
perkembangan media sosial dan saluran-saluran digital telah membuktikan dan
meningkatkan keperluan kewartawanan yang bermutu tinggi.

Hampir separuh tenaga kerja media (48%) bersetuju bahawa kebolehan untuk membentuk berita yang baik merupakan antara kemahiran utama yang diperlukan seseorang pengamal media, namun ada jangkaan bahawa kemahiran tersebut akan diatasi oleh kemahiran digital dalam jangka masa tiga hingga lima tahun.

Kemahiran ini merangkumi pengoptimuman enjin carian (SEO) (30%), media sosial (30%) dan keterlibatan kelompok sasaran (21%).

Para pengamal media mengesyorkan pembentangan cerita secara ekslusif (45%) atau
secara langsung (30%), dengan 88% lebih cenderung untuk menyiarkan artikel-artikel
eksklusif. Masa terbaik untuk berhubung mengenai pembentangan cerita adalah daripada
8.00 pagi sehingga 11.00 pagi (42%), diikuti dengan tempoh antara 11 pagi hingga 12.00
tengah hari (31%).

Sesetengah pengamal media juga lebih menggemari emel yang mengandungi pembentangan cerita khusus buat organisasi media mereka sahaja, bergantung kepada kawasan tertentu.