Tahukah anda bahawa 18 Februari merupakan Hari Bateri Nasional? Kami tidak pasti dari
mana ia berasal dari tetapi kami akan menyertai kegirangan hari tersebut!

Tanpa ragu, telefon pintar yang mempunyai ciri-ciri hebat seperti bateri yang kuat untuk menyokong tugas harian dan menjalankan rutin tanpa risau adalah amat penting dan sentiasa dicari oleh pengguna.

Galaxy A52S 5G didatangkan dengan bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas
25W 2 membolehkan anda kembali ke rutin harian anda dengan lebih cepat — dapatkan
pengecasan sebanyak 50% dalam hanya 30 minit sahaja. Sangat penting, terutama pada hari yang sibuk!

Pada hujung minggu, anda boleh menonton siri terhangat dan terkini di Netflix, strim video secara langsung di laman sosial dan juga bermain permainan dalam talian dengan rakan-
rakan anda tanpa perlu risau tentang akan jangka hayat bateri yang pendek.

Selain itu, dengan ciri Adaptive Power Saving, peranti hebat ini juga dapat menyesuaikan diri dengan corak penggunaan anda. Dengan ini, ia menganalisis rutin anda dan mengaktifkan mod Power Saving secara automatik dengan mengoptimumkan sumber CPU dan menghentikan data latar belakang untuk menjimatkan bateri.

Peranti ini boleh didapati dalam empat warna – Awesome Black, Awesome White, Awesome
Mint dan Awesome Violet pada harga runcit yang disyorkan RM1,899. Ia juga boleh didapati dengan pelan bayaran ansuran tanpa faedah di Samsung Online Store.