Pengeluar kenderaan premium terus giat meluaskan ketersediaan infrastruktur pengecasan di Malaysia untuk kegunaan awam menerusi tiga fasiliti BMW i Charging baharu di Pulau Pinang.

BMW Group Malaysia dan Tian Siang Premium Auto telah mendirikan tiga fasiliti BMW i Charging yang baharu di Pulau Pinang, beralamat di The Prestige Hotel, George Town dan Light Hotel, Seberang Jaya.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia turut mengambil peluang untuk berkongsi, “Kami telah bekerja rapat dengan jaringan wakil pengedar kami serta para pemegang tara yang utama menjelang perungkaian BMW i pada tahun 2015 untuk memastikan infrastruktur pengecasan yang dikehendaki dapat disediakan bagi menggiatkan penerimagunaan mobiliti elektro di dalam negara.

“Kami di BMW percaya bahawa masa hadapan kita akan berlandaskan elektrik dan
tanggungjawab untuk memacu mobiliti berelektrik ke hadapan di Malaysia adalah tanggungjawab yang harus dipikul bersama, termasuk rakan pengedar kami seperti Tian Siang Premium Auto.”

Tan Ka Kin, Prinsipal Pengedar Tian Siang Premium Auto menyatakan, “Tiga fasiliti BMW i
Charging yang baharu menyusuli sepuluh fasiliti sedia ada yang kami telah perkenalkan sebelum ini di Ipoh dan Pulau Pinang.

Sementara kami melanjutkan usaha penyebarluasan rangkaian infrastruktur pengecasan di negeri-negeri ini, kami juga berharap agar keyakinan terhadap mobiliti berelektrik akan terus meningkat dalam kalangan orang ramai.”

Pengurus Besar The Light Hotel, Raj Kumar, turut berkongsi sentimen mengenai trend penerimagunaan kenderaan elektrik ini, tambah beliau, “Waktu ini adalah amat sempurna bagi hotel kami untuk memudahkan peralihan gaya hidup generasi masa kini.

Dengan membekalkan fasiliti BMW i Charging di sini, kami berharap ia dapat menarik tetamu dan prospek perniagaan yang mementingkan amalan lestari demi kesejahteraan alam sekitar kita.”