Perodua mendaftarkan 6,988 kenderaan pada bulan Ogos berbanding 655 unit pada Julai. Peningkatan ini berpunca daripada peningkatan produksi dan pembukaan pusat jualan secara beransur-ansur sejak 16 Ogos lalu.

“Kami menjangkakan jumlah pengeluaran dan pendaftaran akan meningkat berkali
ganda pada bulan September apabila keadaan kembali normal,” kata Presiden dan
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Semua operasi Perodua dihentikan berikutan penutupan di seluruh negara yang
diperkenalkan pada 1 Jun 2021 untuk mengawal penyebaran COVID-19.

Setakat tahun ini (year-to-date), Perodua telah mendaftarkan 104,933 kenderaan
dengan penurunan 12.5% ​​berbanding 119,977 kenderaan yang dijual antara Januari
dan Ogos tahun lalu.

President & CEO Dato’ Zainal Abidin Ahmad

“Kami sedang berusaha untuk mengecilkan jurang ini dengan meningkatkan lagi pengeluaran kenderaan kami dan juga menambahbaik prosedur operasi kami untuk memastikan keselamatan para kakitangan dan pelanggan kami,”kata Dato’ Zainal.

“Berdasarkan faktor waktu dan sumber yang sedia ada, kami menurunkan sasaran jualan kami sebanyak 10.8% kepada 214,000 kenderaan tahun berbanding sasaran 240,000 unit yang diumumkan sebelum ini.

“Keutamaan kami kini adalah memastikan industri automotif dapat terus beroperasi dan bertahan tahun ini. Antara ancaman kepada sektor pengeluaran domestik dan antarabangsa termasuklah peningkatan kes COVID-19 dan juga kekurangan
bekalan semikonduktor,” katanya.

Mengenai kekurangan cip semikonduktor, Dato’ Zainal berkata bahawa Perodua
masih memperolehi bekalan yang cukup untuk memastikan pengeluaran berjalan
lancar tahun ini dan sebahagian besar tempahan Perodua yang tertunggak akan
dapat dipenuhi dalam tahun ini.

“Buat masa ini, bekalan cip semikonduktor masih menjadi isu global dan kami
bekerjasama dengan rakan kongsi dan para pembekal kami untuk menghadkan
sebarang gangguan yang timbul,” katanya.