Bagaimana anda biasanya meraikan hari cuti anda pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia?
Walaupun anda hanya meluangkan masa di dalam rumah, anda masih boleh berseronok
dengan dua sambutan ini.

Kami akan menonton filem tempatan ikonik – seperti Puteri Gunung Ledang dan Bujang Lapuk – apa kata anda tidak turut serta sekali? Sama ada di YouTube atau perkhidmatan penstriman dalam talian, Galaxy A22 bukan sahaja memberi anda pengalaman menonton yang selesa dan mengasyikkan dengan paparan skrin 6.4” FHD+, tetapi juga memberikan kualiti gambar yang lebih jelas dan terang dengan teknologi Super AMOLED 90Hz.

Ini bermakna tahap gerakan kabur adalah lebih rendah dan memberikan pengalaman tontonan yang sangat lancar!

Sekiranya anda gemar menonton filem tanpa henti, jangan risau. Dilengkapi dengan bateri
5,000mAh 1 yang menyokong pengecasan pantas 15W 2 , ianya sangat sesuai bagi mereka yang menghargai masa dan kemudahan.

Pada detik 12 tengah malam, cipta kenangan indah yang berkekalan dengan Galaxy A22 anda.

Sama ada anda melihat bunga api di dalam kereta anda atau dari teres rumah anda dengan orang tersayang, teknologi Tetra Binning akan menangkap gambar dengan jelas dan terang, dengan menggabungkan empat piksel menjadi satu walaupun anda berada dalam persekitaran yang gelap.

Sekiranya anda memasak pada waktu siang, gunakan kamera utama 48MP untuk mempamerkan kemahiran masak anda dengan mengambil gambar hidangan tempatan
kegemaran anda! Dengan adanya OIS (Optical Image Stabilization), anda tidak perlu lagi risau akan gambar kabur kerana ia dapat menstabilkan gambar dan mengurangkan pergerakan.

Anda juga boleh menggunakan Depth Camera 2MP Galaxy A22 untuk menampilkan subjek
utama gambar anda dengan lebih jelas dengan kesan bokeh Portrait Mode.

Apa yang menarik tentang peranti ini ialah harganya yang mampu milik. Galaxy A22 boleh
didapati dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM899. Dapatkan hari ini dan jangan
lepaskan peluang anda untuk mendapatkan sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39 secara percuma! Promosi berlangsung sehingga esok, 31 Ogos 2021.