Pengeluar kenderaan premium merungkaikan dua ahli baharu dalam portfolio jentera Superbike miliknya di peringkat tempatan, salah sebuah jentera ini buat julung kalinya menampilkan DNA BMW M yang dihiasi dengan keunggulan.

BMW Motorrad Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan jentera BMW M 1000 RR serta varian-varian BMW S 1000 R baharu yang dinantikan ramai.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas “Malaysia kini sedang pulih secara berperingkat, dan kami ingin menggunakan peluang ini untuk menyuntik semula keterujaan dalam diri peminat motosikal.

BMW S 1000 R – Hockenheim Silver Metallic

“BMW M 1000 RR baharu dan varian-varian BMW S 1000 R yang terkini merupakan antara sumbangan yang kami paling bangga dengan, bagi segmen Superbike serta sukan permotoran, dan kami berasa teruja untuk mengongsikan barisan jentera baharu ini kepada penggemar motosikal di Malaysia – yang telah menunjukkan minat mendalam mereka ke atas superbike yang bertaraf ikonik ini.

Sehubungan itu, kami juga telah berjaya menyerahkan lebih daripada 100 unit BMW S 1000 R dan BMW S 1000 RR. Kami percaya varian-varian model yang baharu ini juga mampu membuahkan kejayaan di Malaysia,” katanya.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti 3 Tahun yang baharu dan
Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) BMW M 1000 RR dan
varian-varian BMW S 1000 R yang baharu ialah:

  • BMW M 1000 RR Baharu: RM 249,500.00
  • BMW S 1000 R Baharu (Style Sport): RM 104,500.00
  • BMW S 1000 R Baharu (M Package): RM 119,500.00

Sementara itu, BMW R nineT baharu menggandingkan rekaan motosikal klasik dengan teknologi moden, selain menawarkan pelbagai pilihan untuk memperibadikan lagi jentera ini.

BMW R nineT – Black Storm Metallic

Beracuankan model klasik, reka bentuk BMW R nineT merupakan kanvas yang sempurna untuk melahirkan varian-varian BMW R nineT Pure yang menawan – iaitu roadster yang hanya mementingkan kelengkapan asas, di samping BMW R nineT Scrambler – yang memberi penghormatan ke atas genre motosikal yang tersendiri, menjadi kegemaran individu yang meminati penampilan gaya yang bersifat puris.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti 3 Tahun yang baharu dan
Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) BMW R nineT, BMW R
nineT Pure dan BMW R nineT Scrambler baharu ialah:

  • BMW R nineT Baharu (Black Storm): RM 96,500.00
  • BMW R nineT Pure Baharu: RM 82,500.00
  • BMW R nineT Scrambler Baharu: RM 86,500.00