Perodua telah memulakan operasi pusat jualan dan selepas jualannya, termasuk perniagaan Badan Kenderaan dan Cat (B&P) di seluruh negara.

Pembukaan semula pusat jualan dan selepas jualan Perodua adalah selepas daripada operasi semula fasiliti pembuatannya di ibu pejabat di Sungai Choh, Rawang baru-baru ini.

Secara keseluruhan, Perodua mempunyai 191 pusat jualan, 197 pusat servis dan 69 B&P di seluruh negara.

President & CEO Dato’ Zainal Abidin Ahmad

“Penghantaran kenderaan telah bermula secara berperingkat sejak minggu ini dan kami menjangkakan lebih banyak kereta Perodua dihasilkan dan didaftarkan dalam beberapa minggu akan datang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Kami berterima kasih kepada para pelanggan kami atas kesabaran, kefahaman dan kesetiaan dalam menerima kenderaan Perodua mereka. Kami berharap dapat menghantar sebanyak mungkin pesanan yang ada dalam tahun ini.

“Kami kini sedang menilai kesan penutupan yang diperkenalkan pada 1hb Jun 2021
terhadap operasi kami dan kami akan mengumumkan sasaran semakan kami untuk
tahun ini tidak lama lagi,” kata Dato’ Zainal.

Walaupun Perodua telah memenuhi kriteria yang diperlukan untuk vaksinasi pekerja-
pekerjanya, syarikat kereta kompak itu telah menggariskan panduan keselamatan
buat para pelanggan ketika mengunjungi pusat jualan dan selepas jualannya.

Pusat selepas jualan merangkumi pusat servis serta kemudahan badan kenderaan dan
cat.

Keperluan-keperluan keselamatan ini termasuklah telah mendapat vaksin sepenuhnya, memakai topeng, membuat janji temu sebelum mengunjungi cawangan jualan dan/atau servis dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal.

Secara keseluruhan, Perodua mempunyai kira-kira 11,000 tenaga kerja di bawah syarikat tersebut. Sekiranya digabungkan dengan para pembekal, pengedar dan kontraktornya – ekosistem Perodua mempunyai lebih 70,000 tenaga kerja.