Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan aksi paralimpik negara yang akan mengalas cabaran di temasya Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos sehingga 5 September 2021.

Astro berbesar hati membawakan liputan aksi atlet negara hanya di Saluran Astro Arena HD (CH801) dan juga Astro GO bermula dengan upacara pembukaan dan juga acara penutup Paralimpik Tokyo 2020 pada 5 September jam 6.50 petang.

Antara program yang mencuri tumpuan penonton di Astro Arena adalah pra rancangan, Pentas Tumpuan yang sebelum ini turut di siarkan ketika temasya Olimpik, Tokyo 2020 baru-baru ini.

Astro Arena meneruskan kesinabungan kejayaan program ini sekali lagi bersama hos Azlan Mubin yang akan mengemudikan program bersama tetamu dan atlit jemputan, membincangkan acara tumpuan serta menjadi prospek pingat antaranya seperti Muhamad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly, Siti Nooriasah Mohamad Ariffin (Olahraga), Cheah Liek Hou (Badminton) dan Suresh Selvatamby (Memanah).

Untuk mendapatkan jadual penuh Paralimpik Tokyo 2020 dan perkembangan terkini, sila layari laman sosial rasmi Astro Arena.

Sementara itu, Nadi Arena tidak ketinggalan akan membawakan perkembangan terkini setiap atlet negara setiap hari, termasuk juga Sorotan Paralimpik Tokyo 2020 di Astro Supersports, setiap hari bermula 26 Ogos hingga 6 September.