Bandar Rimbayu melancarkan pusat perniagaan menarik terdiri daripada taman perindustrian dan komersil

Bandar Rimbayu oleh IJM Land telah menyaksikan perkembangan luar biasa sejak beberapa tahun ini.

Komitmen daripada IJM Land untuk membina perbandaran bertaraf dunia yang mampan telah membantu mengubah Bandar Rimbayu menjadi salah satu lokasi yang menjadi
rebutan di barat daya Lembah Klang.

Dalam usaha mereka untuk terus membangunkan perbandaran yang kondusif buat penghuninya, Bandar Rimbayu menyahut permintaan ramai untuk menyediakan pendidikan berkualiti menerusi pembukaan “Oasis International School”, dan pada masa sama turut menyediakan “The Club”, untuk penduduknya yang dilengkapi dengan kemudahan kelas pertama.

Bagi melonjakkan perbandaran tersebut ke tahap lebih tinggi, IJM Land akan melancarkan
NADI, sebuah pusat perniagaan baharu. Ia akan merangkumi taman komersil seluas 221.59 ekar dan taman perindustrian seluas 41.10 ekar. Nilai Pembangunan Kasar (GDV) NADI pula dianggarkan bernilai RM2.4 bilion.

“Kami selalu membayangkan Bandar Rimbayu sebagai sebuah perbandaran yang lengkap dan terus kekal membangun untuk semua penduduk kami. Kami juga berusaha tanpa lelah untuk merealisasikan matlamat ini setiap hari.

Dengan penambahan menarik daripada NADI, ia akan menjadi pusat perniagaan terkenal yang menawarkan pelbagai aktiviti perniagaan. NADI juga akan berfungsi sebagai sebuah pusat pertemuan yang bergerak maju dan pintu masuk perdagangan antara masyarakat kerana terletak di tengah-tengah Bandar Rimbayu, ” kata Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan Bandar Rimbayu.

Bandar Rimbayu terletak berhampiran dengan kawasan tumpuan komersial dan perumahan Shah Alam dan Kota Kemuning. Ini secara tidak langsung mengubah kawasan ini menjadi kawasan tumpuan yang lebih menarik untuk di kunjungi. Perkembangan ini juga dimangkin oleh jaringan jalan raya yang luas yang menghubungkan kawasan-kawasan tersebut.

Memanfaatkan sepenuhnya potensi lokasi dan jalan perhubungan yang strategik, NADI akan menjadi pusat yang sangat strategik di mana penduduk, pengunjung dan komuniti perniagaan boleh berkumpul dan melakukan aktiviti harian atau aktiviti riadah.

Taman Komersil NADI, Fasa Pertama, Uptown @ Rimbayu

Kepelbagaian dan fleksibiliti saiz lot dan jenis kedai yang tersedia di NADI sememangnya direka sedemikian rupa untuk menarik pelbagai jenis perniagaan. Pada suku kedua tahun 2021, pusat komersil NADI akan melancarkan koleksi 68 kedai (Uptown) dengan pendedahan yang baik.

Dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM198 juta, Uptown @ Rimbayu
menampilkan reka bentuk berbeza bagi memenuhi keperluan yang berbeza, ia merangkumi 8 kedai berkembar, 55 kedai teres dan 5 kedai satu tingkat.

Perniagaan berasaskan gaya hidup moden, sebagai contoh, boleh memilih lot kedai dengan
balkoni bersaiz luas yang boleh menambah nilai kepada pelanggan mereka.

Berhampirannya, sebuah cawangan McDonald dijadualkan untuk beroperasi pada bulan Jun 2021, sementara itu, tanah seluas 2 ekar bersebelahannya telah dijual untuk pembinaan menara pejabat korporat.

IJM Land yakin taman komersil itu akan menarik lebih banyak perniagaan lain seperti makanan dan minuman, hotel & institusi, pusat membeli-belah, pusat sukan, bilik pameran dan pejabat korporat sekali gus mengubah kawasan itu menjadi sebuah pusat ekonomi yang maju.

Pertumbuhan kedai serbaneka, kawasan lapang dan pasar malam, bazar, restoran, gerai makanan dan kedai haiwan peliharaan akan memudahkan kehidupan seharian keluarga dan pengunjung di Bandar Rimbayu.

Taman Perindustrian NADI

Selari dengan komitmen IJM Land untuk kelestarian dan keselamatan, kesihatan dan
kesejahteraan penduduk, NADI mengutamakan operasi penyewaan industri ringan dan sederhana bebas pencemaran untuk taman perindustriannya.

Dengan berbuat demikian, NADI berhasrat untuk menarik lebih banyak subsektor industri yang bebas pencemaran seperti logistik, gudang, sains hayat, pusat servis 3S / 4S, pembuatan dan teknologi.

Ia juga berusaha untuk memacu lebih banyak peluang dan kerjasama dengan pemain industri yang ternama dan mampan dalam membangunkan taman perindustrian yang mesra alam.

Pembangunan perbandaran Bandar Rimbayu yang pesat dan jumlah penduduk yang bertambah seiring dengan peningkatan kuasa membeli akan mendorong potensi perniagaan NADI.

Rangsangan sosioekonomi yang amat diperlukan

Dalam tempoh ekonomi yang mencabar ini, pembangunan dan pertumbuhan segmen komersil dan perindustrian NADI di Bandar Rimbayu akan mewujudkan peluang pekerjaan bagi masyarakat sekitar.

Komponen perumahan akan menampung bakal tenaga kerja dengan menyediakan tempat tinggal kepada pekerja industri dan komersil.

Kemudahan akses dan jalan perhubungan yang lancar mengukuhkan lagi NADI sebagai industri maju akan datang. NADI terletak 28 kilometer (km) dari pintu masuk utama negara melalui laut, Pelabuhan Klang, 32 km dari Lapangan Terbang Subang dan 35 km dari KLIA.

Proses perniagaan dan perdagangan dipermudahkan dengan akses yang lancar ke Shah Alam (15 km), Putrajaya (25 km) dan pusat bandar Kuala Lumpur (40 km).

Bagi komponen, NADI menyasar untuk menarik komuniti penduduk dan pengunjung dari sekitar Bandar Rimbayu dan kawasan kejiranan yang berdekatan dengan cara memanfaatkan jalan perhubungannya yang lancar dengan lebuh raya berdekatan.

Dari perbandaran ini, komuniti berada dekat dengan pintu masuk dan keluar Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Pantai Barat Lebuh raya (WCE), yang akan siap pada tahun 2024.