Volvo Car Malaysia menyediakan pengalaman dalam talian yang mudah bagi pelanggan yang ingin membeli kereta terpakai Volvo

Sejak pelancaran program kereta terpakai Volvo yang diperakui – Volvo Selekt – pada bulan Jun 2020 yang lalu, pengeluar kereta premium dari Sweden kini memperkenalkan Volvo Used Car Locator.

Ini adalah satu inisiatif digital baharu yang memberikan pelanggan cara mudah untuk membeli kereta Volvo pada harga yang memenuhi keperluan kewangan mereka, semuanya boleh dilakukan dalam talian dan dengan selesa di kediaman mereka.

Volvo Used Car Locator mengendalikan inventori kedua-dua kereta Volvo Selekt dan kereta
terpakai Volvo berkualiti yang lain. Model Volvo Selekt hanya boleh didapati di Sisma Auto di Glenmarie, Selangor dan iRoll Auto di Juru, Pulau Pinang, sementara itu semua kereta terpakai Volvo berkualiti boleh didapati daripada pengedar-pengedar yang lain – sebanyak 12 pengedar di seluruh negara.

Kereta Volvo Selekt dijamin berusia di bawah lima tahun dengan jarak perbatuan tidak melebihi dari 100,000km, dan telah menjalani pemeriksaan sebanyak 125 mata. Manakala, perisiannya pula akan dipertingkatkan kepada teknologi terkini dan komponen alat ganti yang digunakan adalah tulen bagi memastikan kenderaan yang ditawarkan bersedia untuk berkhidmat di jalan raya dengan prestasi yang optimum.

Bagi memberikan permulaan baharu kepada pemilik kenderaan Volvo Selekt, setiap kereta dilengkapi dengan jaminan minimum sehingga 12 bulan, pakej perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk tempoh satu tahun (VSA 1) dan Bantuan Tepi Jalan selama 12 bulan.

Dengan menggunakan keperluan yang sama untuk semua kenderaan terpakai, setiap pengedar Volvo akan menjalankan pemeriksaan dan kemaskini bersiri bagi memastikan semua kereta terpakai Volvo berkualiti diselenggara setaraf dengan standard Volvo.

Berikutan dengan sambutan hangat dan peningkatan permintaan untuk kereta terpakai Volvo, Volvo Selekt yang telah menyumbang 15% kepada jumlah penjualan kereta terpakai Volvo pada tahun 2020 untuk pasaran di Malaysia, Volvo Car Malaysia akan menawarkan kaedah yang lebih mudah dan senang dilayari untuk membeli malah menjual kereta terpakai Volvo kepada rakyat Malaysia.

Melalui program ini, Volvo memastikan bahawa setiap pelanggan memperolehi pengalaman
membeli yang terbaik melalui perkhidmatan khusus dan dengan jaminan kualiti.

Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata, sambutan positif yang kami terima untuk Volvo Selekt telah mendorong kami untuk memberikan lebih banyak pilihan alternatif kepada pelanggan bagi membeli kereta terpakai Volvo di samping mengekalkan semua kriteria keunggulan, kebolehpercayaan dan prestasi yang diharapkan dari kereta mewah yang premium.

Selaras dengan langkah kami untuk lebih celik teknologi, kami kini memperkenalkan
Volvo Used Car Locator, untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dalam memperolehi dan memiliki kereta Volvo, semuanya mudah dengan hanya menggunakan telefon pintar atau komputer riba mereka.

Inisiatif ini hadir tepat pada waktunya ketika kita terus mengutamakan keselamatan dan kesihatan kita, dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.

Apabila kereta terpakai tersedia di Volvo Car Used Locator, pelanggan boleh melayari laman
web untuk melihat model yang terdapat dalam senarai penuh kereta – sama ada Volvo Selekt atau kereta terpakai Volvo berkualiti – yang terdapat di semua pengedar Volvo di seluruh Malaysia.

Laman web ini juga menyediakan perincian penuh mengenai kereta supaya pelanggan boleh mengenalpasti kereta Volvo yang bersesuaian dengan gaya hidup dan lokasi
terdekat mereka.

“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat merasai sendiri ciri-ciri perintis keselamatan dan inovasi yang tereka bentuk dalam setiap kereta ini, menjadikannya antara pilihan paling selamat di pasaran,” kata Nalin.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program dan tawaran ini, sila kunjungi Volvo Car
Malaysia Used Car Locator di https://Selekt.volvocars.com.my/enmy/home .