Kepentingan dan kebajikan umat Islam yang dilanda musibah sentiasa diutamakan dan timbul idea menubuhkan Tabung Musa’adah oleh Menteri Agama Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika wabak pandemik COVID-19 tahun lalu.

Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim, Hashim Salleh berkata selain membantu kepada mereka yang terkesan akibat pandemik ini, tabung itu juga berfungsi bagi membantu mangsa banjir, kebakaran dan lain-lain bencana.

Mustapha (kanan) bersama Hashim (kiri)

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perbincangan dengan Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Penasihat beberapa pertubuhan NGO Malaysia, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican.

Mustapha turut menyentuh peranan bahagian dakwah waktu pandemik COVID-19 ini.

Hashim berkata, program dakwah tidak terhenti begitu sahaja membabitkan semua masjid di seluruh negara kecuali masjid di tenggelami air.

“Setakat ini, bahagian ini mengurus tadbir elaun imam dan guru takmir serta menaikkan standard penarafan masjid seluruh negara.

“Program dakwah kepada orang Asli, saudara baru OKU dan lain-lain aktiviti dakwah diteruskan mengikut SOP MKN dan KKM seperti yang digariskan.

Mustapha (kanan) bersama Hashim (kiri)

“Aktiviti bahagian ini juga menggunakan alam maya bagi tujuan mesyuarat dan dakwah selain itu bantuan pasca banjir untuk negeri yang dilanda banjir juga digerakkan untuk membantu,” katanya.

Beliau berkata, bahagian itu juga melatih pengurusan jenazah mangsa COVID-19 di hospital Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Mustapha berkata, peranan yang dimainkan Jakim amat besar kepada kepentingan umat Islam sejagat.

Justeru, para penderma dan pihak swasta adalah digalakkan menderma terus kepada Jakim bagi mengumpulkan sumbangan dan agihan yang lebih teratur kepada sasaran.