Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan melakukan penstrukturan semula perkhidmatan kaunter Pusat Bayaran LHDNM di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Penstrukturan semula perkhidmatan ini dibuat selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan medium bayaran secara dalam talian (e-bayaran) dan meningkatkan kecekapan proses pemungutan cukai.

Sehubungan itu, mulai 1 April 2021, kaunter perkhidmatan di semua Pusat Bayaran LHDNM hanya akan menerima bayaran seperti berikut:

3.1 Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Pegangan cukai 3% oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502);
3.2 Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara);
3.3 Cukai Pegangan;
3.4 Bayaran Kompaun; dan
3.5 Bayaran Cukai Pendapatan menggunakan kad kredit / kad debit.

Selaras dengan penstrukturan berkenaan, lain-lain bayaran yang tidak disenaraikan seperti pada perenggan 3 akan dihentikan penerimaannya di kaunter Pusat Bayaran LHDNM dan hanya boleh dibuat melalui kaedah bayaran seperti berikut:

4.1 MyTax pada portal rasmi LHDNM www.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’;
4.2 Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM;
4.3 Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM;
4.4 Mesin deposit tunai / cek bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM; dan
4.5 Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM.
* (Jenis perkhidmatan bayaran oleh ejen kutipan LHDNM boleh disemak di portal rasmi LHDNM www.hasil.gov.my > Individu > Pembayaran dan www.hasil.gov.my > Syarikat > Pembayaran Cukai Syarikat)

Bagi melakukan bayaran cukai menerusi Pos Malaysia, bank dan medium e-bayaran, maklumat – maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

5.1 Nombor rujukan fail cukai pendapatan pembayar cukai;
5.2 Nama dan nombor MyKad pembayar cukai;
5.3 Tahun Taksiran dan bilangan ansuran;
5.4 Kod bayaran cukai; dan kod bayaran boleh disemak di portal rasmi LHDNM www.hasil.gov.my > Lain-lain > KOD BAYARAN CUKAI)
5.5 Amaun bayaran.

Sebagai makluman, slip pengesahan bayaran cukai di Pos Malaysia dan bank atau slip pengesahan transaksi yang sah menggunakan medium bayaran pada perenggan 4 adalah diterima oleh LHDNM sebagai bukti bayaran / resit pembayaran.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.