Memperkenalkan nama dan penampilan baharu serta masa depan baharu program

BIGLIFE, syarikat yang diiktiraf dalam pasaran platform pemasaran kesetiaan yang mengendalikan program kesetiaan BIG Loyalty yang memenangi anugerah, melancarkan jenama dan logo baharu – BIG Rewards, sejajar dengan perkembangan produknya yang pelbagai dan transaksi e-dagang yang pantas.

Bermula sebagai program kesetiaan syarikat penerbangan untuk airasia, BIG Rewards telah berkembang menjadi platform ganjaran gaya hidup komprehensif yang menawarkan lebih daripada penerbangan.

Dengan pelbagai rakan kongsi dalam kategori gaya hidup, pelancongan, dan perkhidmatan kewangan, BIG Rewards kini menjadi salah satu platform mata terbesar yang membolehkan aktiviti memperoleh dan menebus BIG Poin tanpa sempadan di seluruh Asean.

Spencer Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd berkata, “Perkataan ‘Rewards’ menjelaskan faedah untuk ahli kami dan lebih menarik dalam dunia e-dagang hari ini. Di bawah nama jenama baru, BIG Poin akan terus memperkuatkan ekosistem airasia.com sebagai mata wang kesetiaan digital.

Ahli BIG dapat mengumpul BIG Poin dan nikmati lebih penjimatan kerana BIG Poin boleh digunakan seperti wang tunai untuk pembayaran di semua bidang perniagaan -pelancongan, beli-belah, makanan, produk segar dan lain-lain di airasia.com.”

“Penjenamaan semula mewakili perubahan. BIG Rewards perlu berubah kerana dunia di sekitarnya berubah. BIGLIFE bertekad untuk memimpin dengan inovasi dan terus mencipta nilai untuk rakan perniagaan dan ahli kami,” katanya.

BIG Rewards meraikan kejayaan tahun ke-10 tahun lalu dengan pelancaran beberapa produk inovatif – BIG Deals membolehkan ahli menebus pelbagai tawaran gaya hidup menggunakan BIG Poin; dan BIG Xchange, platform pertukaran mata ganjaran segera, memberi kebebasan kepada ahli untuk menukar mata yang diinginkan dengan serta-merta pada satu platform.

Masa depan BIG Rewards terletak pada pembayaran BIG Poin dan BIG Xchange 2.0 sebagai pemacu utama transformasi dan pertumbuhan perniagaan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram untuk maklumat terkini dan tawaran BIG Poin. Muat turun aplikasi BIG Rewards, daftar sebagai Ahli BIG dan mulailah kehidupan BIG anda! #EarnBIGLiveBIG