Maxis dan Negeri Pulau Pinang akan mempamerkan projek perintis Bandar Pintar IoT
berkemampuan 5G di Pulau Pinang dalam Smart Security, Smart Education, Smart Agriculture dan Smart Pole

Maxis, syarikat penyelesaian terpadu terkemuka di Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadi rakan teknologi yang dipercayai.

MoU yang ditandatangani itu antara kedua-dua pihak, disaksikan oleh Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Menandatangani bagi pihak Maxis adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Gokhan Ogut, sementara Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato ’Abdul Razak Jaafar.

Turut hadir sebagai saksi ialah Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Dato ’Seri Arshad Raja Tun Uda. Kolaborasi ini memberi fokus kepada dua bidang selaras dengan rangka pelan Penang2030 untuk memperkukuhkan hubungan dan infrastruktur digital Negeri.

Projek Perintis IoT Bandar Pintar

Tumpuan yang pertama akan menyaksikan Maxis menggerakkan projek perintis Bandar Pintar IoT berkemampuan 5G, yang merangkumi Smart Security dengan Bangunan KOMTAR, Smart Education dengan Perpustakaan Digital Pulau Pinang, Smart Agriculture bersama Bao Sheng Durian Farm di Balik Pulau, dan Smart Pole dengan Majlis Bandaraya Seberang Prai.

Maxis dan Negeri Pulau Pinang akan bekerjasama untuk membangun dan menggunakan penyelesaian IoT terbaik dalam aspek ini. Projek perintis ini bertujuan untuk menunjukkan potensi kemajuan teknologi ke arah cita-cita digital Negeri Pulau Pinanag.

Makmal Inovasi IoT

Bagi tumpuan kedua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan Makmal Inovasi IoT, yang disokong secara eksklusif oleh kesalinghubungan IoT Maxis.

Makmal akan menjadi tempat ujian dan kolaborasi untuk syarikat permulaan (Startup), komuniti pemaju dan penyedia untuk penyelesaian IoT mereka.

Bersama dengan rakan-rakan ekosistem tempatan seperti agensi inovasi dan para akademik, Maxis dan Negeri Pulau Pinang akan menerajui inisiatif yang membolehkan perkongsian pengetahuan atau bengkel penciptaan bersama.

Melalui inisiatif ini, syarikat permulaan tempatan dapat dilengkapi dengan pengetahuan dalam memanfaatkan penyelesaian IoT ketika negeri bersiap sedia untuk 5G.

“Kerjasama dengan Maxis ini merupakan langkah penting dalam cita-cita Penang2030 kami. Misi kami adalah untuk menerapkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kualiti hidup dan memberikan peluang yang lebih baik untuk rakyat.

“Dengan mengintegrasikan teknologi pintar ke dalam sektor-sektor utama seperti pendidikan, keselamatan awam dan pertanian, kami dapat mempercepat kemajuan ke
arah cita-cita digital. Kami menantikan pandangan dan faedah yang akan disediakan oleh projek perintis Bandar Pintar dan Makmal Inovasi IoT untuk Negeri ini,” kata Chow.

“Kami memuji usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mendorong agenda negeri pintarnya, dan menyedari keperluan memanfaatkan kemajuan teknologi di berbagai sektor utama.

“Di Maxis, kami ingin menjadi rakan kongsi yang kuat kepada kerajaan melalui kepemimpinan rangkaian, perkhidmatan digital dan penyelesaian kesalinghubungan kami. Ini sejajar dengan komitmen kami untuk menghadirkan teknologi terbaik bagi membantu rakyat, perniagaan, dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang sentiasa berubah.

“Kami berharap dapat memainkan peranan penting dalam memberikan penyelesaian IoT terbaik di kelas dan berkongsi sumber dan pengetahuan kami untuk menyokong cita-cita digital Pulau Pinang,” kata Gokhan Ogut.

Pada majlis itu, Maxis juga mempamerkan tiga kes penggunaan 5G, yang merupakan sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G yang sedang berlangsung.

Ini termasuk pengalaman realiti maya (VR) untuk pembelajaran Sains bersama eKelas, program komuniti unggul Maxis, serta dua projek perintis IoT Pulau Pinang – Smart Security untuk Bangunan KOMTAR dan Smart Agriculture untuk Ladang Durian di Balik Pulau.