Pengeksport yang telah merangkul pelbagai anugerah ini juga sedang berusaha mendapatkan sijil Halal dan amalan patuh Shariah
Avalon Fresh, sebuah syarikat penanam tanaman organik dari Mexico telah menubuhkan pusat eksport rantau Asia Tenggaranya di Malaysia untuk mengeksport lebih daripada 20 jenis tanaman organik di rantau ini termasuklah ke Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Timur Tengah.
Ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Alejandro Vazquez Alcazar, Avalon Fresh telah berkembang menjadi pembekal utama tanaman organik yang segar dan berkhasiat di Amerika Syarikat dengan jumlah eksport 4,276 tan tahun lepas.
Pengarah Operasi Antarabangsanya, Patricia Vazquez Marin, “Dengan kemudahan-kemudahan tambahan yang ada, Malaysia ialah lokasi strategik untuk dijadikan pusat eksport jenama Avalon Fresh untuk Asia Tenggara terutamanya dengan kerajaan yang mempermudahkan pelaburan antarabangsa, stabil dan pertumbuhan ekonomi yang
didorong oleh kuasa pembelian yang tinggi, kualiti hidup yang tinggi dengan kadar yang
berpatutan, kumpulan pekerja yang ramai dan terlatih dan bermacam-macam lagi.
Oleh sebab itu, keputusan telah dibuat untuk mengembangkan jenama kami di luar Amerika Syarikat. Sebelum ini, 100% hasil tanaman organik Avalon Fresh cuma dieksport untuk memenuhi keperluan rakyat Amerika.
Vazquez juga mendapati yang pasca wabak COVID-19, telah memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan mengekalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan
tahap kebersihan yang lebih tinggi, bersenam dan menambahkan pengambilan makanan
organik.
Avalon Fresh kini sedang dalam proses memulakan operasi kilang untuk membekalkan pelanggan dengan lebih banyak pilihan termasuklah dingin-beku, penyahhidratan dan sayur-sayuran yang sudah diproses contohnya nasi bunga kobis, mi zucchini, kerepek sayuran, guacamole segera dan buah-buahan.
Memahami tentang kepentingan amalan patuh Shariah untuk kebanyakan pengguna sasaran, Vazquez menerangkan yang Avalon Fresh juga sedang bekerjasama dengan
Instituto Halal Junta Islamica (Jawatankuasa Institut Halal dalam Islam), sebuah badan
pentadbiran menurut syarak yang mengenalpasti status ‘Garantia Halal’ (persijilan Halal)
untuk syarikat-syarikat di Sepanyol dan Mexico.
Vazquez juga menambah yang institut tersebut juga sedang berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menerima persijilan Halal dari JAKIM untuk sejumlah besar produk-produknya yang dipercayai di seluruh dunia.
“Kami telah membina jenama Avalon Fresh sebagai pembekal yang mengambil berat
tentang tanggungjawab sosialnya, sayur-sayuran organik yang Halal, segar dan dipercayai
dan merupakan produk makanan yang diterima di benua Amerika.
“Selepas memenangi Anugerah Pengeksport Terbaik Peringkat Kebangsaan oleh Jawatankuasa Perdagangan Luar, Pelaburan dan Teknologi Mexico tahun lepas, kami yakin telah tiba masanya untuk menerokai lebih banyak peluang dalam salah satu pasaran ekonomi terbesar di dunia – Asia, dengan itu kehadiran jenama kami di Malaysia dikukuhkan lagi melalui pejabat serantau dan Jepun iaitu kerjasama dengan rakan kongsi.
Produk organik Avalon Fresh hanya ditanam di Mexico untuk menjamin kepatuhan dengan
standard penanaman organik dan kualiti produk yang tinggi. Menurut Vazquez, pasukannya
telah membuat rundingan dengan kebanyakan pengimport dan pengedar terbesar di rantau
tersebut sebagai salah satu strategi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Biji chia organik Avalon Fresh tiba di Malaysia pada 22 Ogos 2020.
Avalon Fresh
Ditubuhkan pada 2013 dengan misi untuk menjadi peladang dan pengeksport tanaman utama di Mexico, Avalon Fresh telah membekalkan lebih daripada 4200 tan hasil tanaman segar dalam tahun 2019.
Kejayaan kami didorong dengan mematuhi garis panduan standard keselamatan makanan antarabangsa yang tinggi, sijil makanan organik dan halal, dan spefifikasi produk untuk kepuasan pelanggan.
Avalon Fresh telah memperolehi sijil-sijil penting, termasuklah Primus GFS, Oregon Tilth, Garantia Halal dan Organic SENASICA. Kami menjalani audit berkala, untuk memastikan yang hasil tanaman kami adalah yang terbaik dan paling selamat yang boleh diperolehi di pasar hari ini.