TMC, sebuah syarikat penyedia penyelesaian telekomunikasi (TSP) menawarkan peluang perniagaan kepada orang ramai yang berminat dalam industri digital dan telekomunikasi dengan modal permulaan yang minima.

TMC yang bertapak sejak 15 tahun lalu dalam industri berkenaan mengambil inisiatif ini bagi melahirkan usahawan dalam bidang tersebut khususnya untuk membantu golongan yang kehilangan pekerjaan dan ingin mencari sumber pendapatan baharu.

Jurucakap TMC berkata, pihaknya mahu membimbing lebih ramai usahawan menceburi bidang telekomunikasi dan digital yang kini merupakan keperluan di seluruh dunia.

Menurutnya, konsep perniagaan yang dikendalikan sendiri oleh pemilik atau ‘owner dealer operate’ ini dapat membantu mereka yang berminat memulakan perniagaan segera tanpa mengeluarkan modal yang besar.

“Industri telekomunikasi dan digital sekarang sedang pantas berkembang walaupun kebanyakan sektor lain terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

“Sebab itu, TMC mahu orang ramai merebut peluang ini terutamanya generasi muda yang lebih mesra dalam kepesatan teknologoi telekomunikasi dan digital,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menariknya, pihak TMC turut membantu dalam menyediakan modal tambahan sehingga RM50,000 kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan tersebut selain
berpeluang mendapat dana sampingan berjumlah RM10,000 daripada agensi-agensi berkaitan.

TMC yang juga penyedia penyelesaian digital (DSP) turut tidak ketinggalan untuk membantu usahawan-usahawan yang terkesan disebabkan pendemik Covid-19 dengan menawarkan subsidi perniagaan sehingga RM3,000 sebulan.

“Tawaran ini dapat membantu serba sedikit kos operasi usahawan tersebut. Kami harap peluang yang diberikan ini membolehkan mereka meneruskan perniagaan seperti sedia kala,” katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web www.tmc.my atau menghubungi talian 03-8408 2121.

*Rencana dan gambar ini sumbangan Zaki Salleh bekas wartawan Kosmo