HCK Capital Group Berhad Melancarkan ‘Atelier+ LoSo Suites @ Edusphere’ Untuk Memenuhi Keperluan Gaya Hidup Usahawan Yang Kian Meningkat
Pengangguran belia kini merupakan salah satu kebimbangan utama bagi para pemimpin seluruh global ketika dunia pasca Covid-19.
Pemaju bandar raya berlandaskan pendidikan, HCK Capital Group Berhad menyeru agar langkah-langkah diambil, seperti menggalakkan belia menceburi bidang keusahawanan untuk membantu 9.5 juta belia di Malaysia mengharungi cabaran yang bakal dihadapi.
HCK Capital Group Berhad percaya bidang keusahawanan mampu mewujudkan pekerjaan
dan meningkatkan kemahiran golongan muda, dan seharusnya menjadi teras dalam usaha
untuk membantu belia Malaysia menghadapi kesan langsung pandemik Covid-19, yang
dijangka akan menjadi semakin ketara pada masa akan datang.
Dalam majlis pelancaran ‘Atelier+ Lifestyle Office – Small Office (LoSo) Suites’ di Edusphere, Cyberjaya, Pengarah Eksekutif HCK Capital Group Berhad, Dr. Dennis Ling,
berkata, “Usaha menggalakkan keusahawanan belia, yang patut dimulakan sebelum mereka mendapat ijazah, mungkin menjadi penyelesaian bagi isu pengangguran belia.
Cabaran yang diketengahkan kini ialah usaha membina ekosistem keusahawanan berasaskan kerjasama yang berpotensi membuka peluang kerjaya dan menjana kekayaan bagi lebih ramai insan, terutamanya graduan baharu.”
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di Malaysia telah meningkat ke
5.3% pada Mei 2020 daripada 5% pada bulan April 2020 dengan bilangan individu yang
menganggur mencecah 826,100 orang.
Di samping itu, golongan belia dalam julat usia 15 hingga 24 tahun didapati mencatatkan kadar pengangguran lebih tinggi berbanding golongan dewasa yang berusia antara 25 hingga 64 tahun.
Selepas mengambil kira semua faktor-faktor ini, HCK Capital Group Berhad sekali lagi menjadi perintis dengan pelancaran suite LoSo dan kedai Atelier+ – hab gaya hidup dengan konsep baharu sesuai untuk kalangan usahawan muda yang kian meningkat, syarikat baharu dan perusahaan kreatif, yang terletak di hab pracampur kediaman dan komersial – Edusphere, Cyberjaya, dengan nilai pembangunan kasar RM1.8 bilion.
“Jika kita mahu membantu generasi muda kita berjaya mencapai impian mereka, selain
menyediakan sumber kewangan, kita perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk
mereka mencapai kejayaan, terutamanya usahawan yang berada di peringkat permulaan.
“Kami telah meluangkan masa berbulan-bulan mengkaji keperluan dan menganalisis cara
menyediakan persekitaran yang menggalakkan kerjasama di kalangan usahawan. Kami
percaya suite LoSo Atelier+ akan memenuhi permintaan usahawan muda yang memerlukan satu pusat yang sesuai dengan gaya hidup bandar mereka,” katanya.
Fasa satu Atelier+ bakal menyaksikan pelancaran 60 unit suite LoSo tiga tingkat yang dibina di atas 39 unit kedai meliputi dua blok, menjadikannya sebuah projek kepadatan rendah.
Setiap suite gaya hidup mempunyai susun atur ruang yang kontemporari dan mengutamakan fungsi untuk mendorong produktiviti dan kreativiti.
Satu ciri kelebihan Atelier+ ialah setiap suite dimiliki secara individu, menjadikannya lebih
mampu milik bagi pelabur dan profesional muda untuk membeli suite gaya hidup impian
mereka.
Harga bagi kedai seluas 1,045 – 2,055 kaki persegi bermula daripada RM810,000, manakala suite Atelier+ LoSo, yang berkeluasan 650 kaki persegi, dijual pada harga daripada RM400,000.
Untuk mewujudkan persekitaran yang selesa, setiap suite individu dihubungkan dengan
sebuah lif persendirian dan disediakan dengan satu tempat letak kereta di tingkat bawah.
Unit-unit komersial yang dijangka siap menjelang 2023, akan dikelilingi oleh pelbagai
kemudahan gaya hidup dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan komuniti usahawan
yang sedang berkembang.
Projek tersebut, yang dihubungkan secara mudah dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur
menerusi Lebuhraya Maju, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Damansara-Puchong, terletak
berhampiran dengan Universiti Cyberjaya dan Universiti Multimedia Cyberjaya, manakala
Universiti Lim Kok Wing terletak kira-kira 5km dari pembangunan tersebut.