Acer Nitro 5 dengan siri pemproses AMD Ryzen 4000 yang sudah lama ditunggu-tunggu kini sudah ada di Malaysia bersama paparan FHD IPS 15.6 inci yang menyokong kadar segar semula 144hz untuk bekerja dan bermain dengan lancar

Acer hari ini mengumumkan beberapa model yang telah diperbaharui, termasuklah Acer Nitro 5 dengan pemproses AMD 7nm, Acer Spin 5, Acer Swift 1 dan siri Aspire kini berada di pasaran.

Diperkenalkan seminggu sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan, Acer Malaysia turut melanjutkan promosi Acer Day ke atas produk-produk baharu ini.

“Kami sangat gembira kerana model-model baharu ini tiba pada bulan sambutan Acer Day dan Hari Kemerdekaan. Kami juga telah memasukkannya dalam kumpulan peranti yang layak untuk menyertai cabutan bertuah “Beli dan Menang”.

Pelanggan yang membeli peranti-peranti ini dan lahir dalam bulan Ogos akan menerima kredit RM50 Touch ‘n Go eWallet sebagai hadiah daripada Acer Malaysia,” kata Pengarah Perniagaan, Produk dan Pemasaran Pengguna Acer Malaysia, Johnson Seet.

Cabutan bertuah “Beli dan Menang” (Buy and Win) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM25,000 kepada pelanggan yang membeli model-model terpilih Acer dari mana-mana kedai sah Acer, dalam talian atau fisikal.

Hadiah ini merupakan sebahagian daripada promosi Acer Day yang dilancarkan pada 2 Ogos dan berlangsung sehingga 30 September 2020 yang menawarkan hadiah bernilai tambah berjumlah RM500,000.

Acer Nitro 5

Komputer riba permainan video Acer peringkat kemasukan yang ditunggu-tunggu, Acer Nitro 5 kini dilengkapi pemproses Ryzen 7 4800H 8-core yang dipadankan bersama NVIDIA® GeForce® GTX 1650 4GB GDDR6.

Bezel nipis dan paparan FHD IPS 15.6 inci yang menyokong tahap segar semula 144hz membolehkan pemain untuk menikmati permainan dan penstriman hiburan.

Hadir dengan konfigurasi 8GB RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD, komputer riba permainan video ini meminimumkan tempoh pemuatan (loading). Sementara slot tambahan RAM dan M.2 membolehkan pemain untuk menaik taraf storan bagi kegunaan masa depan.

Acer Nitro 5

Terima kasih kepada gabungan Intel® Wireless Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600 pada Acer Nitro 5, ianya boleh memanfaatkan permainan video secara kasual dan produktiviti dengan kelajuan yang kini lebih baik dan memiliki rangkaian yang stabil.

Bagi memastikan sistem komputer sentiasa dingin ketika digunakan, beberapa penyelesaian suhu inovatif dengan sistem penyejukan kipas berkembar serta empat corong pengambilan dan ekzos telah diimplementasikan dalam Acer Nitro 5.

Ini membolehkannya mencapai prestasi penyejukan keseluruhan 25 peratus lebih baik berbanding model 2019. WASD dan kekunci anak panah diserlahkan pada papan kekunci RGB 4-zon Acer Nitro 5 untuk mudah dicari.

Maklum balas kekunci kini juga lebih pantas dengan jarak hanya 1.6mm. Oleh itu, pemain boleh memantau, mengawal dan mengubah suai sistem serta kesan lampu RGB dengan hanya satu sentuhan kekunci NitroSense.

Sudah boleh didapati mulai sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan pengedar sah Acer di seluruh negara, Acer Nitro 5 dengan AMD Ryzen 7 4800H yang sebelum ini berharga RM4,099 kini boleh dibeli pada harga RM3,999 sepanjang tempoh promosi Acer Day.

Acer Spin 5

Direka dengan gaya dan pelbagai mod fungsi, Acer Spin 5 membolehkan pengguna untuk memusingkan skrin ke empat mod yang berbeza: mod paparan untuk membuat pembentangan, mod tablet untuk hiburan, mod clamshell untuk input papan kekunci atau mod tent bagi meningkatkan produktiviti walaupun di ruang yang sempit.

Engsel 360° baharu menawarkan ruang ventilasi tambahan pada sudut-sudut tertentu untuk memberikan prestasi suhu lebih baik, menaip dengan selesa dan pengalaman visual yang mengasyikkan.

Dengan paparan sentuh FHD 13.5 inci dan bezel ultra nipis 7.78mm, ia mempunyai nisbah skrin ke badan lebih 80%. Paparan itu dilindungi oleh Corning® Gorilla® Glass yang tahan lasak.

Ia dipadankan dengan pen Acer Active Stylus bersama Wacom AES 1.0 yang menawarkan tahap tekanan sehingga 4,096 memberikan rasa seperti memegang pen dan menulis di atas kertas.

Dengan pengecasan pantas hanya 15 saat pada dok simpanan khas, pen stylus ini boleh digunakan selama 90 minit secara berterusan.

Hanya seberat 1.2kg dan setebal 14.9mm bersama badan aloi magnesium-aluminum yang cantik, Spin 5 cukup ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Dipadankan dengan Intel® Iris® Plus Graphics dan 512GB PCIe NVMe SSD, kedua-dua varian Acer Spin 5 dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-10 dengan 16GB RAM dan pemproses Intel® Core™ i5 Generasi ke-10 bersama 8GB RAM.

Ia ditawarkan pada harga RM5,299 dan RM4,399 seunit. Peranti ini sudah boleh didapati mulai sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan pengedar sah Acer di seluruh negara.

Pelanggan boleh menikmati potongan sebanyak RM100 sepanjang tempoh promosi Acer Day yang berlangsung sekarang. 30 pelanggan terawal yang membeli mana-mana varian Acer Spin 5 baharu layak untuk menebus satu unit pembesar suara Urbanista Sydney Bluetooth bernilai RM219.

Swift 1

Direka selari dengan keperluan pelajar dan pengguna kasual, Acer Swift 1 dilengkapi pemproses Intel® Pentium® Silver N5030, 4GB RAM dan PCIe NVMe SSD amat pantas 256GB demi memenuhi semua keperluan asas penggunaan harian.

Paparan FHD IPS 14 inci tampil dengan rekaan bezel nipis yang menawarkan nisbah skrin ke badan 80%. Ia menjanjikan visual yang lebih jelas dan terang menerusi ciri Acer ExaColor™ dan BlueLightShield™.

Acer Swift 1

Acer Swift 1 menampilkan kerangka besi pada bahagian atas dan bawah, bersedia untuk menemani pengguna menjalani kehidupan setiap hari dengan berat hanya 1.3kg serta senipis 14.95mm.

Acer Swift 1 hadir dengan rekaan tanpa kipas yang membolehkan penggunaannya kekal senyap. Dengan ciri pengecasan pantas, ia menawarkan jangka hayat bateri sehingga 4 jam apabila dicaj selama 30 minit.

Hadir bersama Microsoft Office Home & Student 2019, Acer Swift 1 yang berwarna-warni (iridescent) boleh didapatkan pada awal September 2020. Manakala Acer Swift 1 berwarna emas boleh didapati sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan semua kedai pengedar sah Acer di seluruh negara pada harga RM2,099.

Sepanjang promosi Acer Day sehingga 30 September 2020, ia boleh dibeli pada harga RM1,999.

Aspire 5 dan Aspire 3

Dilengkapi pemproses Intel® Core i5 Generasi ke-10, Acer Aspire 5 dan Aspire 3 hadir dengan 4GB RAM bersama slot tambahan untuk tujuan naik taraf pada masa depan. Dari segi storan, Aspire 5 dan 3 mempunyai PCIe NVMe SSD, 512GB super pantas.

Sementara Aspire 5 menawarkan kit naik taraf HDD untuk pelanggan yang mahukan storan lebih banyak. Aspire 3 pula didatangkan dengan 32GB Intel® Optane™ Memory yang akan mempelajari kelakuan pengguna dan meminimumkan masa pemuatan.

Sebagai tambahan, Aspire 5 sudah dipasangkan dengan Microsoft Office Home & Student 2019 untuk produktiviti segera. Aspire 5 dan 3 boleh didapatkan dalam paparan FHD IPS bersaiz 14 dan 15.6 inci, bersama rekaan bezel yang nipis. Aspire 5 tampil dengan warna magis ungu yang bergaya.

Manakala Aspire 3 hadir dengan warna klasik hitam dan biru. Kedua-dua model ini boleh didapati mulai sekarang di semua stor dalam talian rasmi Acer dan pengedar sah Acer di seluruh negara. Harganya ialah RM2,599.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia, hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), WhatsApp +6011-1062 8865, atau email [email protected].

Mengenai Acer

Ditubuhkan pada tahun 1976, Acer kini merupakan antara syarikat ICT terkemuka di dunia dan berada di lebih 160 buah negara.

Meninjau ke masa hadapan, ia kini fokus dalam mencipta satu dunia di mana perkakasan, perisian dan perkhidmatan mampu bekerjasama di antara satu sama lain demi membuka peluang-peluang baru untuk pengguna serta perniagaan.

Daripada teknologi berorientasikan perkhidmatan kepada Internet of Things, permainan video dan realiti maya, 7,000+ orang kakitangan Acer komited ke atas aspek penyelidikan, reka bentuk, pemasaran, jualan serta sokongan produk dan penyelesaian yang dapat merapatkan jurang di antara manusia dan teknologi