Aspek penjagaan kulit wajah amat dititikberatkan oleh golongan wanita, justeru biarpun usia sudah melangkah jauh namun sekiranya penjagaan wajah yang sempurna diamalkan kulit sentiasa kelihatan segar serta berseri.
Kulit perlu dibelai dengan rutin penjagaan setiap hari iaitu membersih, menyegar dan melembap menggunakan produk sesuai.
Amalan terbaik ialah menggunakan bahan-bahan organik yang bebas bahan kimia demi memelihara kesihatan wajah, misalnya penggunaan produk Taté Pure Thanaka.
Khasiat pokok Thanaka yang tumbuh di Myanmar bukanlah rahsia, malah telah digunakan oleh masyarakat di negara itu sejak 2,000 tahun lalu untuk melindungi dan mencantikkan kulit.
Batang pokok Thanaka yang dipotong kecil-kecil kemudian digiling di atas kepingan batu menjadi serbuk kayu lalu dicampurkan dengan air untuk membentuk pes iaitu kosmetik semulajadi penduduk tempatan sebelum disapu pada wajah.
Thanaka mengandungi dua sebatian aktif iaitu coumarin dan marmesin yang menyumbang sifat anti-bakteria, anti-kulat, anti jerawat dan anti-penuaan.
Dengan kata lain, Thanaka bertanggungjawab untuk menghapuskan sel-sel kulit mati secara berkesan dan mengawal minyak yang berlebihan pada wajah.
Kajian juga menunjukkan bahawa Thanaka menghalang tyrosinase iaitu enzim yang mencetuskan sintesis melanin dan mempengaruhi perubahan warna kulit.
Sehubungan itu, penggunaan biasa kosmetik Thanaka ini dapat membantu mengurangkan aktiviti melanoma (serangan menyebabkan kanser kulit) selain mencerahkan kulit pemakainya.
Dipasarkan oleh Danish Empire Angels (DEA), produk Taté Pure Thanaka ini didatangkan dalam bentuk serbuk iaitu Taté Organic Pure Thanaka dan topeng wajah iaitu Taté Rice Mask & Scrub.
DEA yang telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu mengkhusus kepada pemasaran produk kecantikan wajah berasaskan Thanaka.
Menurut wakil jualannya, M Effendi, cuaca panas di Myanmar menyebabkan penduduknya terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang melampau.
“Bagi melindungi kulit mereka dari persekitaran yang panas ini, orang-orang Myanmar sejak dahulu kala mengunakan krim atau pes Thanaka sebagai alternatif semula jadi dan efisien untuk perlindungan pancaran matahari.
“Fungsinya sama seperti losyen pelindung sinaran pancaran ultra unggu matahari (UV), bermakna masyarakat di negara itu sebenarnya telah maju kehadapan dalam penggunaan bahan sedemikian.
“Sepertimana umum sedia maklum, permukaan kulit tanpa perlindungan dan kerap terdedah pada sinaran UV boleh terjejas dan berisiko mengalami kanser kulit,” katanya.
Effendi berkata, Thanaka juga bersifat anti-oksidan yang tidak berminyak yang mengisi semula nutrien penting untuk kulit bagi melambatkan proses penuaan dengan mengurangkan kedutan dan garis halus.
Beliau berkata, dengan kandungan vitamin E yang tinggi, Thanaka adalah antioksidan semula jadi yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan udara yang tercemar.
“Ia juga berfungsi sebagai bahan pelembap berkesan, mengurangkan kesan penghidratan dan penyejukan menjadikannya sesuai untuk si pemakainya terdedah pada matahari.
“Produk ini juga sesuai dan selamat digunakan pada bayi, ibu mengandung, remaja hinggalah golongan berusia.
“Sebagai makluman, di Myanmar industri penamaman pokok Thanaka juga dilakukan secara lestari dan bukan sewenang-wenangnya ditebang, jadi pada masa sama tidak berlaku isu melibatkan kemusnahan ekologi,” katanya.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan kedua-dua produk ini, Taté Organic Pure Thanaka dijual pada harga RM39.90 manakala Taté Rice Mask & Scrub pula RM29.90 tidak termasuk kos penghantaran.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman media sosial Instagram, Twitter dan Facebook tateskincare dan blog danishempire.blogspot.com atau menghubungi menerusi WhatsApp ke talian 012-2497 979.
Rencana dan gambar ini sumbangan Zaki Salleh bekas wartawan Kosmo