Pasukan Malaysia berjaya menempah tempat ke-18 di temasya kembara motosikal yang popular di peringkat antarabangsa.
Pasangan trio Malaysia, Norizuan Abdullah, Chan Kiang Wei dan Mohd Zulfakar Mohd Alghaus, baru-baru ini telah selesai dalam pertandingan BMW Motorrad International GS Trophy 2020.
Mereka menduduki tempat ke-18 dengan mengharungi cabaran yang berliku di peringkat awal untuk menempah kedudukan di atas Pasukan India, Afrika Utara dan pasukan-pasukan lain.
Tahun ini, acara BMW Motorrad International GS Trophy 2020 menyaksikan 23 pasukan yang melibatkan individu dari 40 buah negara bersaing dalam sebuah pengembaraan berjarak 3,000 kilometer yang benar-benar mengujakan.
Edisi ketujuh pertandingan motosikal berprestij ini bertempoh lapan hari dan menampilkan pelbagai cabaran yang merangsang adrenalin, ia menyaksikan para penunggang merentasi
landskap indah yang terletak di Pulau Utara dan Selatan New Zealand.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “BMW Motorrad International GS Trophy merupakan sebuah pertandingan motosikal kembara premium
yang paling berprestij di dunia, ia ditandangi oleh peserta-peserta dari seluruh pelosok
dunia untuk menjadikan Hidup Sebuah Pengembaraan.
Kami berbangga untuk menyaksikan pasukan tanah air beraksi di pertandingan ini, mereka bukan sahaja mewakili Malaysia malah seluruh rantau Asia Tenggara buat julung kali – sekali gus memahat nama mereka di persada global.”
Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia sementara itu berkata, “Acara BMW Motorrad International GS Trophy 2020 benar-benar mengujakan dan sentimen tersebut turut dicerminkan melalui saluran media sosial BMW Motorrad.
Tiga penunggang tempatan berjaya mencabar batasan untuk mempamerkan kejayaan
yang mampu dikecapi oleh warga Malaysia sebagai sebuah pasukan dalam aksi mereka yang pertama di temasya ini. Inilah semangat dan nilai kebersamaan yang ingin dibawakan oleh International GS Trophy!”
Norizuan Abdullah, salah seorang ahli Pasukan Malaysia turut mengambil peluang berkata, “Ini merupakan pencapaian yang besar buat kami untuk mewakili Malaysia di International GS Trophy pada tahun ini.
“Walaupun pada peringkat awal prestasi kami agak goyah, kami telah bekerja keras dan muncul sebagai penunggang yang lebih baik. Saya percaya bahawa inilah semangat yang ingin dibawakan oleh GS, individu-individu berlainan latar belakang bersatu untuk mengamati keterujaan kegiatan permotoran, meskipun harus berdepan dengan pelbagai jenis cabaran.
Azam yang kuat diperlukan untuk melangkah garisan penamat, dan saya berbangga kami dapat berbuat demikian. Terima kasih kerana menaruh kepercayaan ke atas kami, Malaysia!”