Platform awan yang dibangunkan oleh TM secara dalaman menawarkan penyelesaian
awan generasi seterusnya bertaraf dunia untuk syarikat-syarikat perusahaan Malaysia
bagi memacu transformasi perniagaan dan digital
Telekom Malaysia Berhad (TM), penyedia infrastruktur telekomunikasi nasional di Malaysia
dengan kerjasama VMware, Inc. (NYSE: VMW), sebuah syarikat innovator dalam perisian
perusahaan terkemuka.
TM turut mengumumkan pelancaran projek tGRID, sebuah inisiatif untuk mentransformasikan Platform Awan sedia ada kepada Penyelesaian Awan TM ONE menerusi perluasan perkhidmatannya untuk platform awan menyeluruh yang membenarkan inovasi generasi seterusnya buat syarikat-syarikat perusahaan di Malaysia.
Projek ini, yang akan menyaksikan penawaran, perkhidmatan Awan TM ONE baharu yang diperhebatkan kepada para pelanggan perniagaannya, akan turut menampilkan penyelesaian VMWare yang menerajui industri yang membolehkan TM menghubungkan rangkaian 5G Kendiri (SA) dan Bukan Kendiri (NSA) miliknya pada platform awan tunggal, justeru memastikan pengalaman 5G yang lancar dan diyakini untuk perusahaan dan pelanggan.
Kerjasama berkenaan telah ditandatangani oleh Sivan Umapathy, Ketua Pegawai Maklumat, TM, manakala VMware telah diwakili oleh Devan Parinpanayagam, Pengurus Negara, VMware Malaysia.
Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Eksekutif / Naib Presiden Eksekutif, TM ONE
turut hadir di majlis tersebut.
“VMware berbangga dapat menyokong TM dalam usahanya untuk membina infrastruktur
rangkaian dana wan yang sedia-masa depan bagi mendukung aspirasi Negara Digital Malaysia.
Dengan mentransformasi platformnya menerusi penyelesaian peneraju industri daripada
VMware, TM akan berada pada kedudukan unik untuk membawakan perkhidmatan Awan
menyeluruh sambil mempertingkatkan prestasi dan kecekapan operasi penyelesaian sedia ada mereka.
Sementara itu, Sivan berkata, “TM amat teruja dengan kemajuan yang telah dicatatkan dalam usaha negara ke arah kesediaan digital dan membina asas yang kukuh untuk ekonomi digital sedia-masa depan.
“Kami bersyukur dengan sokongan peneraju industri global seperti VMware, dalam menyediakan kami dengan ilmu-ilmu penting sepanjang perjalanan transformasi kami.
“Dalam kami bergerak ke arah pengkomersilan 5G pada hujung tahun ini, pelaksanaan
penyelesaian VMware untuk perkhidmatan Awan TM ONE pastinya akan memudahkan
peralihan untuk para pelanggan kami dari sektor perusahaan dan pengguna semasa
pelaksanaan 5G,” katanya.