Perjalanan penyelesaian keamanan dan keselamatan Bandar Pintar 5G Celcom Axiata Berhad diteruskan dengan pelaksanaan kawalan sempadan digital 5G di Pelabuhan Langkawi.

Kolaborasi dengan pihak berkuasa Pelabuhan Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung, menunjukkan bagaimana penggunaan teknologi 5G berjaya meningkatkan urusan seharian
operasi pelabuhan.

Kawalan sempadan digital 5G Celcom memaparkan pemandangan digital landskap Pelabuhan Langkawi dengan menggunakan video panorama 360 ° UHD 4K di kawasan tersebut.

Kamera tersebut memanfaatkan keupayaan 5G kependaman rendah dan data berkelajuan tinggi. Kamera tersebut juga dipasangkan dengan Kecerdasan Buatan (Artifical Intelligent (AI)) dan perisian analitik video, membolehkan kawalan parameter keselamatan diperluaskan ke seluruh pelabuhan.

Selain itu, fungsi kamera tersebut boleh mempertingkatkan keselamatan tinggi secara digital di sepanjang sempadan pantai hingga ke pelabuhan untuk mencegah penyeludupan dan pencurian, pengimejan terma digunakan bagi memantau kawasan dan barangan yang mudah terbakar serta mengenal pasti kargo terbiar yang melebihi had masa termasuk yang sudah berlepas dari pelabuhan, selain dapat meminimumkan potensi kebocoran pendapatan perusahaan.

Teknologi 5G dijangka akan memberikan keterhubungan menyeluruh dan pengalaman berbeza kepada pengguna dan syarikat perniagaan. Sehubungan itu, rangkaian 5G Celcom di Langkawi yang berteknologi 5G New Radio dan bercirikan spektrum C-band, Massive Multiple-Input dan Multiple Output (MIMO 64T64R) menerusi teknologi Peralatan Premis Pelanggan (CPE) 5G.

Demonstrasi kawalan sempadan digital 5G Celcom disaksikan oleh Ketua Pegawai, Pembangunan Industri Digital dan Pengkomersialan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gerard Lim, bersama Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, dan Muhd Nasir Abdul Aziz, Pengurus Besar Dermaga Tanjung Lembung di Pelabuhan Langkawi.

Idham Nawawi berkata, Celcom teruja untuk meneruskan penerokaan teknologi 5G dengan pihak berkuasa di Pelabuhan Langkawi; satu lagi pemain industri yang akan mendapat manfaat teknologi 5G, seterusnya menerajui pembangunan dan penggunaan 5G merentasi pelbagai industri di Malaysia.

“Berikutan kejayaan pelaksanaan penyelesaian keamanan dan keselamatan Bandar Pintar dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi(IPD) dan Majlis Perbandaran Langkawi (MPLBP), kolaborasi seterusnya dengan pihak Dermaga Tanjung Lembung di Langkawi menggunakan teknologi 5G, akan membolehkan urusan operasi yang lebih baik dan efisiyen untuk kemudahan pihak berkuasa pelabuhan.

“Pelaksanaan kawalan sempadan digital 5G Celcom berjaya menambah baik sistem pengawasan keselamatan untuk memastikan pihak berkuasa menjalankan operasi harian dengan lebih lancar, serta mengubah dan mewujudkan pelbagai peluang baru yang akan memberi faedah kepada rakyat dan negara.

“Kami akan terus meneroka lebih banyak kes penggunaan 5G yang dapat dimanfaatkan
oleh syarikat perniagaan, pihak berkuasa, sektor swasta dan awam, oleh itu, kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai industri untuk meneroka serta menginovasi teknologi dan perkhidmatan 5G,” katanya.