Proton X70 dinobat kereta terbaik keseluruhan di Anugerah Cars of the Year Malaysia ke-18

PROTON terus mendapat pengiktirafan melalui barisan produknya apabila Proton X70 dinobat sebagai pemenang kategori Kereta Crossover Pertengahan & SUV 5-Kerusi serta Kereta Terbaik Keseluruhan 2019 dalam Anugerah Cars of the Year Malaysia ke-18.

Model terkini, Proton Saga turut membawa pulang anugerah bagi kategori Sedan & Hatchback Aras Mula manakala Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, dianugerahkan sebagai Tokoh Automotif 2019.

Anugerah Kereta Terbaik yang diraih Proton X70 bagi 2019 merupakan kemenangan pertama bagi sebuah kereta Proton untuk anugerah yang berprestij seperti itu.

“Proton X70 adalah model yang telah mengembalikan semula kebanggaan dan keyakinan syarikat sebagai pengeluar kereta nasional di Negara ini.

From left – Dr Li Chunrong (CEO of PROTON), En Yohan Mokhtar (VP of Operation Management Division of PROTON), Dato’ Radzaif Mohamed (DCEO of PROTON), Mr Cheng Seng Fook (Director, Sales & Marketing of PROTON).

Model ini juga telah menarik semula perhatian pelanggan untuk berkunjung ke pusat-pusat pameran Proton dan model yang kami pandu uji adalah berkualiti tinggi.

“Kami menjangkakan kualiti yang lebih baik atau setaraf apabila ia dihasilkan di Tanjung Malim,” kata Chips Yap, Juri Kanan bagi kategori Kereta Terbaik Malaysia.

Proton Saga versi terbaharu sejak model itu dilancarkan pada 6 Ogos 2019, sehingga kini, lebih 42,000 tempahan diterima dan pada dua bulan terakhir 2019, model tersebut menjadi sedan segmen A terlaris di Malaysia.

Dr Li Chunrong, CEO of PROTON

Dr Li Chunrong merupakan CEO ketiga Proton diiktiraf sebagai Tokoh Automotif 2019. Beliau memulakan perkhidmatan secara rasmi di PROTON pada 1 Oktober 2017 dan sejak itu, beliau telah mengemudi syarikat dan membawa perubahan yang luar biasa kepada Proton.

Antara pencapaian yang dicatatkan ialah jualan yang meningkat sebanyak 55.7% pada tahun 2019 iaitu sebanyak 100,821 unit, serta turut berjaya membuka 120 pusat 3S/4S di seluruh negara, menjadikan syarikat jenama auto yang mempunyai pusat 3S/4S terbanyak di Malaysia.