KFC Malaysia mempertingkatkan pengalaman digital pelanggan menerusi pelancaran KFC Store di salah sebuah platform e-dagang terkemuka di Malaysia, Shopee.

Titik sentuhan terbaharu ini diperkenalkan sejajar dengan strategi berfokuskan pengguna, di dalam usaha untuk meningkatkan jumlah produk dan perkhidmatannya di landasan digital.

Kini, para pelanggan boleh menikmati kemudahan bersama lebih nilai menerusi promosi KFC Self Collect, di platform e-dagang berkenaan.

Istimewa sempena Shopee 11.11 Big Sale yang bakal tiba, KFC Malaysia bakal membawakan ganjaran menarik buat para pelanggannya menerusi kerjasama bersama Shopee, sepanjang hari – eksklusif pada 11 November.

Para pelanggan dapat menikmati hidangan KFC kegemaran mereka dengan diskaun menarik melalui promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ serta ‘Shocking Sales’ khas buat KFC Self Collect.

Perkhidmatan Self Collect ini memberi kemudahan kepada pelanggan untuk memesan KFC secara atas talian dan mengambil pesanan mengikut lokasi KFC dan masa pilihan masing-masing.

“Bagi mempertingkat kualiti pengalaman pelanggan, KFC Malaysia melaksanakan beberapa inisiatif untuk menyediakan kemudahan menikmati hidangan lazat kami di luar suasana restoran.

Telefon mudah alih semakin mendominasi kehidupan seharian kita dan ianya kini dilihat sebagai salah satu titik jualan. Di dalam hal ini, kami mahu memastikan bahawa kami dapat menyediakan perkhidmatan menyeluruh bagi memenuhi keperluan pelanggan,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

“Dengan KFC Self Collect, para pelanggan kini tidak perlu beratur panjang dan dapat menikmati KFC di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Kami berharap semua pelanggan dapat menikmati promosi istimewa yang kami sediakan di Shopee,” katanya.

Shopee 11.11 Big Sale tahun ini merupakan jualan terbesar bagi platform e-dagang berkenaan, dengan pengenalan ciri-ciri terbaharu, mainan serta teknologi yang dipertingkat, di samping kehadiran jenama-jenama tempatan dan antarabangsa yang telah menyertai platform berkenaan sepanjang tahun lalu.

Ianya bakal menampilkan permainan-permainan menarik di dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Voucher Together-Gether, Shopee Lucky Egg and Shopee Quiz on the App yang didatangkan dengan ‘Shopee Coins’ dan baucar untuk dimenangi.

Sejumlah 11 juta pesanan diterima pada 11 November tahun lalu, iaitu 24 kali ganda peningkatan berbanding pada tahun pertama kempen Shopee 11.11 Big Sale dijalankan pada 2016.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Kami terharu dan dalam pada masa yang sama berasa teruja untuk menyambut kehadiran jenama ayam goreng kegemaran Malaysia di Shopee, di dalam usaha kami untuk terus memperluaskan tawaran di platform kami.

Misi kami adalah untuk membantu dan mengubah kehidupan pengguna dengan menyediakan kemudahan tambahan supaya mereka mempunyai lebih banyak masa untuk dimanfaatkan bersama yang tersayang.

Kerjasama bersama KFC menyaksikan gabungan kekuatan kedua-dua jenama: dengan capaian luas Shopee meliputi 20 juta muat turun di seluruh Malaysia, dan perkhidmatan KFC Self Collect yang membolehkan pengguna menikmati hidangan KFC kegemaran mereka dengan serba mudah.

Lawati KFC Official Store di Shopee Mall untuk membeli e-baucar KFC Self Collect yang boleh ditebus di restoran KFC terpilih seluruh Malaysia. Selepas pembayaran selesai, pelanggan akan menerima notifikasi yang mengandungi kod e-baucar berkenaan.

Log masuk ke aplikasi KFC atau KFC.com.my dan gunakan kod e-baucar berkenaan untuk membuat pesanan. Pelanggan dapat memilih restoran, tarikh dan masa untuk mengambil pesanan.