Kaedah pendidikan dan latihan menggunakan permainan atau ala-ala permainan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Pelbagai permainan berunsurkan pendidikan telah diperkenalkan untuk mencapai matlamat pendidikan yang fleksibel dan kendiri.

BAGAIMANAPUN, permainan ilmiah Islamik masih lagi kurang di pasaran Malaysia mahupun dunia.

Justeru, Akademi Permainan Islamik Global (Academy of Global Islamic Games, AoGIG) ditubuhkan pada 31 Januari 2017, bertujuan untuk mengetengahkan metodologi atau pedagogi latihan dan pendidikan berasaskan permainan Islamik.

Ini kerana istilah halal bukan sahaja terhad kepada produk makanan atau berasaskan bahan mentah untuk memproses makanan tetapi ruang atau skop halal begitu meluas tidak kira makanan atau minuman mahupun perkhidmatan yang disediakan.

Begitu juga dengan alat permainan yang mungkin agak janggal didengari tetapi sebenarnya di pasaran ketika ini sudah ada usaha pihak tertentu mahupun individu yang menghasilkan alat permainan dalam bentuk ilmiah dan islamik yang mendapat persijilan halal.

Melihat kepada kurangnya fokus untuk menghasilkan alat permainan berkonsepkan ilmiah dan islamik, sekumpulan penyelidik dari Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diketuai Timbalan Pengarahnya, Prof Madya Dr Azman Ab Rahman merangkap Ketua Pereka telah membangunkan alat permainan ilmiah dikenali Global Halal Game (GHG).

Beliau yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM berkata, GHG diperkenalkan menggunakan konsep gamifikasi untuk meningkatkan kesedaran berkaitan halal kepada masyarakat seawal usia kanak-kanak.

“GHG adalah permainan papan ilmiah, dibangunkan secara khusus berasaskan sukatan pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah dan ‘Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia’ bagi menerapkan konsep mendidik sambil berhibur dan interaktif dalam pendidikan halal.

Setakat ini, GIG menampilkan koleksi papan permainan seperti Global Zakat Games (GZG) pada 2017, Global Faraid Games (GFG) pada 2018 dan Global Halal Games (GHG) pada 2019.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk memperkenalkan lebih banyak siri permainan GIG termasuk Global UmrahHaji Games (GUG) dan Global Arabic Games (GAG) menjelang tahun depan serta sirah Islam dalam tempoh jangka panjang.

“Kami juga akan menghasilkan GIG dalam pelbagai bahasa seperti Malaysia, Inggeris, Arab dan Jawi dalam memastikan produk ini mampu dipasarkan di pelbagai negara luar pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, GHG bukan sekadar permainan yang dihasilkan dalam bentuk kualiti yang setanding dengan alat permainan sedia ada seperti Monopoli atau Saidina tetapi amat sesuai dijadikan sebagai salah satu alat bantu mengajar di dalam kelas mahupun di luar kelas.

“Sejak GHG diperkenalkan, permainan ini mendapat sambutan dikalangan guru-guru sekolah yang menjadikannya sebagai alat bantu mengajar kerana permainan ini mudah digunakan dan bersifat interaktif.

“Permainan GHG ini juga dapat mengukuhkan kemahiran pengurusan halal dalam kalangan eksekutif dan pelajar berkaitan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia,” katanya lagi.

Selain boleh dijadikan cenderamata, GHG juga boleh digunakan sebagai salah satu kaedah untuk mengagihkan zakat menerusi pembelian secara pukal dan diagihkan kepada golongan asnaf sekali gus mengalakkan produk pendidikan sebagai satu alat untuk berzakat.

Apa itu Global Halal Game (GHG)

GHG adalah permainan ala-ala Monopoli yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran berkaitan konsep halal dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Permainan GHG ini juga dapat mengukuhkan kemahiran pengurusan halal dalam kalangan eksekutif dan pelajar berkaitan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Ketika ini ada 6 produk GHG

  1. Global Zakat Game (GZG)
  2. Global Faraid Game (GFG)
  3. Global Arabic Game (GAG)
  4. Global Halal Game (GHG)
  5. Global Umrahaji Game (GUG)
  6. Global Wakaf Game (GWG) – Produk terbaharu

2. Permainan ini sesuai untuk tiga (3) peringkat umur:
i) Pelajar sek. rendah.
ii) Pelajar sek. menengah & universiti.
iii) Pelajar Kursus Eksekutif Halal.
iii) Guru sekolah agama & Pegawai Eksekutif Halal.

3. Harga set permainan GHG

Harganya adalah RM150 untuk satu set permainan GHG ini.

4. Bagaimana untuk membuat tempahan?

Tel: 012-2165852
Facebook: globalzakatgame
Web: www.islamicgames.com.my
Intagram: @globalislamicgames

Dr Azman berkata, GHG amat relevan daripada sudut kebolehgunaan yang mana akan menjadi salah satu kaedah latihan kepada eksekutif halal syarikat-syarikat tempatan mempelajari konsep halal secara menyeluruh.

Selain itu, GHG juga dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan halal dan proses permohonan sijil halal serta menjadi salah satu alternatif dakwah kepada umat Islam dalam memahami konsep halal secara menyeluruh.

“GHG juga adalah transformasi dan inovasi baharu dalam meningkatkan kefahaman masyarakat dan pelajar di institusi pendidikan terhadap kepentingan halal.

“Manakala dalam konteks pendidikan, ia dapat mewujudkan konsep didik sambil berhibur dengan menggunakan permainan ilmiah GHG sebagai alat bantu mengajar dan sangat relevan dengan corak Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) yang membentuk suasana pembelajaran aktif serta interaktif antara guru dan pelajar,” katanya.

GHG juga sesuai dijadikan bahan rujukan santai di samping menjadi bahan latihan dan alat bantu mengajar di dalam kursus-kursus berkaitan prosedur halal.

“Bagi golongan profesional dalam bidang persijilan halal Malaysia, mereka dapat mengukuhkan lagi kemahiran pengurusan halal dalam kalangan eksekutif dan pelajar berkaitan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

“Permainan ini secara tidak langsung melahirkan eksekutif yang profesional dan cekap dalam pengurusan pensijilan halal.

GHG mampu memperkenalkan serta mempromosikan institusi berkaitan penyelidikan dan pengurusan halal Malaysia di persada dunia seperti institusi-institusi pengajian tinggi dan COE (Ihram), Pusat Latihan Halal (Risda, HDC, MTDC), Badan-badan Autoriti (Jakim, Main, PPIM) dan Pengusaha Produk Halal.

Selain itu, GHG juga mampu menjadi salah satu medium alat bantu mengajar bagi subjek dan topik pensijilan halal di institusi pendidikan negara dan global termasuk sebagai satu kaedah latihan kepada eksekutif halal, pegawai-pegawai agama Islam dan masyarakat berkaitan prosedur pensijilan halal di Malaysia secara menyeluruh.

Sehubungan itu, pihaknya berharap dapat mengadakan jalinan kerjasama dengan mana-mana pihak atau syarikat yang berminat untuk meluaskan rangkaian produk ini seperti meletakkan logo syarikat dipapan permainan atau membeli slot dimana-mana bahagian dalam permainan berkenaan.

“Diharapkan GHG dapat menjadi platform mempromosikan industri halal di Malaysia dan di persada dunia. GHG juga diyakini boleh menjadi medium dakwah berkesan dalam usaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat tentang halal dan kepentingan permohonan sijil halal Malaysia.

Azman berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 1,000 unit bagi setiap siri permainan GIG iaitu GZG, GFG dan GHG dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Menurutnya, syarikat yakin produk terbabit mampu menarik perhatian orang ramai kerana ia memberi kefahaman dan pendidikan mengenai aspek penting dalam Islam secara santai dan menyeronokkan.

“Permainan ini juga boleh dijadikan alat bantu mengajar bagi guru-guru di sekolah dan sesuai bukan sahaja untuk pelajar sekolah malah golongan dewasa yang ingin menimba pengetahuan seperti zakat, halal dan faraid.

“Kami berharap permainan ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan orang ramai sekali gus membantu mencapai sasaran jangka panjang kami iaitu memastikan setiap rumah di Malaysia akan memiliki produk ini,” katanya.

Sejak GHG diperkenalkan di pasaran, produk keluarannya telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Emas dalam pertandingan inovasi pengajian Islam dan bahasa Arab pada 2018 anjuran USIM.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini