Malam Gala Leadership Excellence Awards yang berlangsung di One World Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia telah menyaksikan 70 anugerah berprestij disampaikan kepada usahawan, perniagaan dan pemimpin industri dari seluruh Asia yang berjaya mencapai kejayaan dalam pelbagai kategori.

Fokus Leadership Excellence Awards Des Prix Infinitus Media adalah untuk memberi pengiktirafan ke atas perkembangan, pembangunan serta pencapaian perdagangan oleh para pemimpin industri dari seluruh Asia.

Ia juga merupakan satu platform untuk mengiktirafkan para pemimpin utama atas pencapaian luar biasa dan usaha keras mereka dalam membentuk serta membangunkan pasaran.

“Objektif penganjuran Malam Gala Leadership Excellence Awards Des Prix Infinitus Media adalah untuk memperkasakan golongan usahawan dan pemimpin perniagaan, selain menetapkan piawai yang diperakui di seluruh benua Asia,” kata Pengarah Urusan Des Prix Infinitus Media, Hagenz Choo.

“Kami sangat berbesar hati kerana Des Prix Infinitus Media menyokong Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sebagai satu badan akreditasi bebas dan tulen. Anugerah-anugerah ini akan menarik minat para pemimpin terkemuka dari seluruh Asia untuk berhubung serta memperkasakan usahawan dan ahli perniagaan lain, pada masa yang sama meletakkan Malaysia sebagai paksinya,” kata Menteri Pembangunan Usahawan, Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Proses pemilihan bagi setiap penerima anugerah dijalankan secara komprehensif dengan prosedur yang ditetapkan. Ia melibatkan penyerahan trek rekod organisasi dan pengurusan strategik yang sudah terbukti, janaan perolehan dan pembangunan perniagaan, pembuatan keputusan yang bersifat inovatif yang memberi impak, kesan pantas kepada industri, pembangunan komuniti serta kriteria-kriteria lain.

Memandangkan pemilihan pemimpin berasaskan kepada pelbagai kriteria yang berbeza, sebanyak lima kategori dalam Leadership Excellence Awards telah dihasilkan; C-Suite Leadership Excellence Award, Innovative Leaders of the Year, Passionate Icons of the Year, Community Leaders of the Year dan Emerging Leaders of the Year.

Calon-calon dipilih dari beberapa buah negara di seluruh Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Brunei, Vietnam, Taiwan dan China. Sebagai satu platform yang membuka rangkaian hubungan dalam kalangan para pemimpin utama, Leadership Excellence Awards menggalakkan dialog rentas industri di antara individu-individu penting.

Ia sekali gus membuka peluang kepada kerjasama perniagaan yang mampu mengubah industri, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Dengan Malaysia memacu inisiatif ini ke seluruh Asia, Leadership Excellence Awards dijangka menerima lebih banyak penyertaan dari rantau ini dalam tahun-tahun yang akan datang.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web www.dpimedia.com.my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini