Setiap tahun NGO Antarabangsa mengadakan ibadah korban di Kemboja dengan memberi fokus kepada penduduk diperkampungan Islam di pedalaman.

Pengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, ini supaya penduduk kampung terbabit yang kebanyakannya warga emas, ibu tunggal, mualaf, anak yatim dan fakir miskin dalam merasai daging lembu yang diagihkan.

“NGO Antarabangsa menyediakan daging korban untuk lebih 200 penduduk fakir miskin dan tidak lupa juga anak-anak yatim serta pelajar tahfiz agar mereka bersama-sama dapat meraikan suasana Hari Raya AidilAdha.

“Kita amat prihatin dengan taraf kemiskinan penduduk pedalaman ini, justeru pada tahun ini kami menyumbang sebanyak 14 ekor lembu dan dua ekor kambing yang diterima hasil sumbangan daripada pelbagai pihak di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, sama ada kecil atau besar program itu bergantung kepada sumbangan lembu yang diterima daripada penderma sama ada daripada individu atau berkumpulan.

“NGO Antarabangsa amat menghargai semua sumbangan dan hasilnya kami turut mengadakan jamuan kepada penduduk miskin yang menerima sumbangan daging korban,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini