Lanjutan usahasama mantapkan lagi komitmen kepada pasaran dan pelanggan Malaysia

MoneyGram (NASDAQ: MGI), penyedia perkhidmatan global bagi pemindahan wang dan pembayaran yang inovatif, telah melanjutkan usahasama dengan EZ Money, rakan ejen terbesarnya di Malaysia, sehingga 2024.

Pembaharuan kontrak itu menjamin kesediaan perkhidmatan MoneyGram di semua cawangan dan lokasi ejen EZ Money.

“Selama 10 tahun, kami telah menjalin hubungan baik dengan EZ Money bagi memudahkan penghantaran dan penerimaan wang dari seluruh pelosok dunia untuk para pelanggan kami di Malaysia,” kata Yogesh Sangle, Ketua Asia Pasifik & Asia Selatan, MoneyGram.

Komitmen untuk rantau ini kekal mantap dan tidak berubah, dan kami berbangga untuk meneruskan usahasama dengan EZ Money sejajar dengan fokus kami terhadap kebolehsampaian, kemudahan dan keterlibatan kewangan bagi masyarakat dalam pasaran penting ini.

Sejumlah besar pelanggan EZ Money yang menggunakan MoneyGram untuk menghantar wang adalah pekerja asing di Malaysia Timur. Dengan pembaharuan kontrak ini, EZ Money akan melancarkan program ejen perniagaan perkhidmatan wang (MSB) di Malaysia Barat bersama organisasi-organisasi runcit besar dan entiti-entiti lain.

EZ Money akan terus memperluaskan perniagaannya untuk menawarkan penyelesaian mudah kepada para pelanggan di seluruh Malaysia, berikutan pemeteraian perjanjian kerjasama induk baru-baru ini dengan MBE Business Corporation Sdn.Bhd., rangkaian francais terbesar di dunia untuk penghantaran runcit, pos, percetakan dan pusat perkhidmatan perniagaan, bagi menyediakan perkhidmatan kiriman wang di semua lokasi MBE yang turut serta di Malaysia Barat.

“EZ Money amat berbangga menjadi Pemegang Lesen Utama MSB Kelas A yang boleh dipercayai. Kami sentiasa berusaha membantu pelanggan kami yang terdiri daripada pelbagai golongan untuk mengekalkan hubungan kewangan mereka dengan orang tersayang,” kata Lim Ching Seng, Ketua Pegawai Eksekutif EZ Money.

Mengenai MoneyGram International, Inc

MoneyGram adalah peneraju global dalam pemindahan wang dan perkhidmatan pembayaran saluran omni (omnichannel) yang membolehkan rakan dan ahli keluarga mengirim wang secara selamat, dengan bayaran berpatutan, dan mudah bagi memenuhi keperluan harian di lebih 200 buah negara dan wilayah.

Platform MoneyGram yang inovatif memanfaatkan rangkaian digital dan fizikal, enjin penyelesaian kewangan global, infrastruktur berasaskan awan (cloud-based) dengan API bersepadu, dan program pematuhan unggul yang menerajui industri ini dalam melindungi pengguna.

Untuk maklumat lanjut, sila layari moneygram.com.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini