Perodua telah berjaya mengurangkan masa menunggu bagi Aruz antara 1 bulan dan 1.5 bulan bergantung kepada model berbanding kira-kira antara 2 bulan dan 2.5 bulan sebelumnya berikutan peningkatan dari segi pengeluaran.

TEMPOH ini dipendekkan disebabkan oleh peningkatan pengeluaran dan Perodua menganggarkan pencapaian jualan Januari hingga Julai mencapai 140,900 unit untuk semua model, yang mana setanding dengan 140,900 unit dari tempoh sama tahun lepas.

Perodua menjual Aruz menjual 17,989 unit antara Januari dan Julai tahun ini.

“Dari sudut perbandingan, bulan Jun, Julai dan Ogos tahun lalu menyaksikan ‘cuti cukai’ yang terhasil daripada keputusan penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST oleh kerajaan.

“Meskipun begitu, kami sangat beruntung kerana prestasi kami jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kesan semasa ‘cuti cukai’,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Mengenai Aruz, beliau berkata Perodua dapat memperbaiki proses pengeluarannya menyebabkan proses penghantaran SUV tersebut bertambah baik.

“Kami akan terus menumpukan kepada kualiti dan penghantaran seperti mana keutamaan kami kepada pelanggan yang dihargai. Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan sehingga Aruz menjadi SUV yang paling popular di Malaysia – ini menjadi peristiwa penting buat kami,” katanya.

Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Beliau berkata, Perodua akan mengekalkan sasaran jualannya sebanyak 235,000 unit menjelang akhir tahun ini, peningkatan sebanyak 3.4% daripada 227,234 unit yang dijual pada 2018.

Pada 17 Julai, Perodua telah mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan sasaran jualannya kepada 235,000 unit untuk 2019, peningkatan 4,000 daripada sasarannya 231,000 yang diumumkan pada Januari lalu.

Peningkatan sasaran jualan ini adalah untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk semua model semasanya. Jumlah sasaran pengeluaran untuk 2019 telah ditingkatkan kepada 249,000 unit, penambahan 2.9% daripada sasaran sebelumnya iaitu sebanyak 242,000 unit.

Kedua-dua loji pembuatan beroperasi pada kapasiti 97%, yang mana Perodua mencatat stabil operasi pada tahap optimum; ini meningkat daripada angka tahun lepas sebanyak 96.2% bagi PMSB dan 94.6% bagi PGMSB, sementara kecacatan per unit (DPU) di kedua-dua loji telah mencatatkan penurunan yang stabil.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini