Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini mula menerima pra-tempahan untuk Volkswagen Arteon serba baharu.
VOLKSWAGEN Arteon R-Line yang diimport sepenuhnya itu dijangka ditawarkan pada harga di antara RM290,000 dan RM310,000 apabila dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Menampilkan rekaan yang mengagumkan apabila dilihat daripada semua sudut, fastback 5-pintu itu merupakan model utama Volkswagen dan menawarkan reka bentuk avant-garde bersama pengendalian dinamik.
Namanya menjadi refleksi sebenar penampilannya – ‘Art’ menerangkan tentang garis-garis badan sebuah fastback yang harmoni dan beremosi manakala ‘eon’ pula menyerlahkannya sebagai sebuah model premium Volkswagen.
Arteon telah dipilih sebagai pemenang “2017 Golden Steering Wheel”, salah satu anugerah automotif paling berprestij di Eropah.
Dibina untuk kelajuan, Arteon dikuasakan oleh enjin turbo a 2.0L TSI yang dipadankan bersama kotak gear basah direct shift gearbox (DSG) 7-kelajuan. Kuasa mencecah 280PS dan tork 350Nm yang boleh dicapai di antara 5,100 hingga 6,500rpm itu disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION.
Dilengkapi Paparan Info Aktif dengan paparan transistor warna filem nipis (TFT), tetapan baru membolehkan ubah suai dan paparan peta sepenuhnya dibuat.
Sistem infohibur Discover Pro baharu yang terdiri daripada skrin bersaiz 9.2 inci pula hadir dengan ciri kawalan gestur dan Ketersambungan Aplikasi tanpa Wayar (CarPlay, Android Auto dan MirrorLink).
Untuk memberi lebih kemudahan, kamera 360-darjah yang baru membolehkan pemandu melihat kawasan di sekeliling kenderaan menerusi empat unit kamera bersepadu.
Arteon hadir dengan pakej gayaan dalaman dan luaran R-Line. Ia didatangkan dalam lapan warna – kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).
Arteon serba baharu akan membuat penampilan awal di bilik-bilik pameran Volkswagen. Orang ramai yang ingin melihatnya secara dekat dijemput untuk mendaftarkan minat mereka di laman web Volkswagen bagi menerima jemputan eksklusif.
Perincian lokasi adalah seperti berikut:
Pengedar | Negeri | Tarikh |
Volkswagen Juru | Penang | 24 – 25 July |
Volkswagen Ipoh | Perak | 27 – 28 July |
Volkswagen Kuantan | Kuantan | 2- 3 August |
Volkswagen Skudai | Johor | 8 – 9 August |
Volkswagen Tebrau | Johor | 11 – 12 August |
Volkswagen Batu Pahat | Johor | 16 – 17 August |
Volkswagen Melaka | Melaka | 24 – 25 August |
Volkswagen Semenyih | Selangor | 6 -7 September |
Volkswagen Balakong | Selangor | 13 – 14 September |
Volkswagen Klang | Selangor | 21 – 22 September |
Volkswagen Sg Besi | Kuala Lumpur | 28 – 29 September |
Volkswagen TTDI | Kuala Lumpur | 5 – 6 October |
Volkswagen Glenmarie | Selangor | 12 – 13 October |
Volkswagen Gombak | Kuala Lumpur | 18 – 19 October |
Volkswagen Puchong | Selangor | 26 – 27 October |