Lebih 400 peserta berentap dalam ‘PREC Beyblade Battle’ yang berlangsung pada Ahad lalu di SACC Mall, Shah Alam dengan yuran penyertaan serendah RM5 sahaja telah melayakkan mereka bertanding untuk merebut hadiah wang tunai dan set beyblade berjumlah hampir RM3,000.
BEYBLADE, permainan yang kian menjadi fenomena ini telah menghangatkan SACC Mall dari seawal jam 9.30 pagi kerana rata-rata peserta yang hadir bimbang tidak dapat menyertai pertandingan ‘PREC Beyblade Battle’ sekiranya terlewat dan pertandingan berakhir selepas tamat waktu operasi SACC Mall iaitu jam 11.30 malam.
Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Sr. Fakru Radzi Ab Ghani berkata, bahawa melihat kepada sambutan yang sangat memberangsangkan ini, PREC akan menganjurkan PREC Beyblade Battle buat kali yang ketiga di Kompleks PKNS Bangi pula, salah satu aset PREC pada hujung tahun ini.
“Pertandingan ini diwujudkan bagi menggalakkan ibu bapa dan kanak-kanak melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di pusat beli-belah kami selain mengasah bakat kanak-kanak untuk bersaing secara sihat serta mengalihkan perhatian mereka daripada telalu asyik dengan permainan elektronik hingga mengabaikan keluarga dan rakan-rakan sekeliling,” katanya.
PREC Beyblade Battle kali ini dianjurkan oleh PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dan asetnya SACC Mall dengan tajaan daripada SACC Digital Planet dan kerjasama dari Top Blader.
Terdapat dua kategori berbeza yang dipertandingkan iaitu Burst, 4 tahun hingga 12 tahun dan 13 tahun hingga 21 tahun serta kategori Metal Fury yang terbuka untuk semua peringkat umur.
Pengurus SACC Digital Planet, Haris Morad berkata, PREC Beyblade Battle ini merupakan program yang sangat bagus dan melalui program ini, jualan kedai miliknya iaitu SACC Digital Planet yang terletak di aras LG SACC Mall telah meningkat secara mendadak dengan menawarkan jualan barangan komputer dan juga permainan kanak-kanak iaitu Beyblade.
Senarai pemenang bagi kategori Burst 4 tahun hingga 12 tahun
Tempat Pertama : Nik M. Ameer Mustaqim
Tempat Kedua : Darwisy Didani
Tempat Ketiga : Nik M. Aniq Ikhwan
Senarai pemenang bagi kategori Burst 13 tahun hingga 21 tahun
Tempat Pertama : Amirul Muqminin
Tempat Kedua : M. Rifqa Hakimie
Tempat Ketiga : M. Iqbal Daniel
Senarai pemenang bagi kategori Metal Fury Terbuka
Tempat Pertama : Mirza
Tempat Kedua : Kamil Salmi
Tempat Ketiga : Azlan Abdul Aziz