Michelin, syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia baru-baru ini memperkenalkan tayar Michelin Energy XM2+ yang hadir dengan slogan: “Your Stopping Superpower”.

PENGENALAN tayar itu menyasarkan golongan belia serta pengguna yang celik dalam aspek kewangan, MICHELIN Energy XM2+ ialah pilihan yang ideal untuk kereta penumpang bersaiz kecil dan sederhana kerana ia didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan dan prestasi luar biasa.

Dirumus untuk menjangkaui keupayaan generasinya yang terdahulu bagi operasi pembrekan dalam keadaan basah, MICHELIN Energy XM2+ menawarkan tahap keselamatan yang terunggul sepanjang kitaran hayatnya.

Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Pascal Nouvellon berkata, tayar itu melihatkan penambahbaikan yang diterapkan dalam produk ini berbanding iterasi yang terdahulu – MICHELIN Energy XM2, yang telah menduduki pasaran di tempat teratas selama 8 tahun secara berturut-turut.

Prestasi yang dibawakan oleh tayar ini dirumus untuk memenuhi keseluruhan kitaran hayatnya serta Kuasa Pemberhentian atau “Stopping Superpower” tayar ini dapat dipelihara di tahap yang tinggi walaupun tayar tersebut digunakan berulang kali untuk jangka masa yang lama.

Ia sejajar dengan slogan kempen MICHELIN Energy XM2+ yang menegaskan bagaimana “Stopping Superpower” tayar ini dapat memelihara tahap keselamatan dan keyakinan pengguna di atas jalan raya sepanjang masa.”

Melalui penggunaan kompaun getah silika 100% yang baharu, MICHELIN Energy XM2+ menawarkan keupayaan jarak pembrekan lebih pendek dalam keadaan basah, iaitu 1.5 meter menerusi penggunaan tayar baharu, dan 2.6 meter dengan tayar terpakai, angka-angka ini dibandingkan dengan bacaan purata yang dicatat oleh pengeluar tayar premium yang lain*.

Tayar ini juga menawarkan jumlah perbatuan (mileage) yang lebih tinggi**, iaitu sebanyak 25% berbanding tayar-tayar yang diperkenalkan oleh pesaing-pesaing premium yang lain.

“Simbol ‘+’ pada permukaan sisi tayar ini menandakan ia dilengkapi dengan kompaun getah yang dinaik taraf, membuktikan daya pembrekan yang lebih hebat dibekalkan oleh MICHELIN Energy XM2+ berbanding generasi tayar yang sebelum ini.

Produk ini juga mengekalkan tanda ‘X’ Hijau yang dibawa daripada iterasi produk terdahulu untuk menandakan penjimatan bahan api yang dapat dikecapi dengan tayar ini secara optimum. Kami berharap kombinasi antara aspek keselamatan yang diperkayakan ini serta nilainya dari segi harga akan menarik perhatian pengguna-pengguna muda,” ujar Nouvellon.

Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan MICHELIN Energy XM2+ terbaharu di TYREPLUS serta wakil-wakil pengedar bertauliah MICHELIN di seluruh negara menerusi 32 saiz yang berbeza, dari diameter bersaiz 14 hingga 16 inci. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini