Bersempena bulan Ramadan yang mulia, Takaful IKHLAS telah mengagihkan juadah berbuka puasa yang disediakan dalam mangkuk tingkat kepada Institut Jantung Negara (IJN) dan Maahad Nur Taqwa Lidirasah, Kedah melalui program Mangkuk Tingkat IKHLAS.

PROGRAM ini adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab korporat Takaful IKHLAS di bawah jenama IKHLAS Untuk Komuniti.

Eddy Azly Abidin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad telah menyampaikan sejumlah 150 unit mangkuk tingkat berisi lauk pauk dan kuih-muih kepada Dato’ Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif IJN untuk diedarkan kepada kakitangan IJN sebagai juadah berbuka puasa mereka.

“Program Mangkuk Tingkat IKHLAS telah dianjurkan pada tahun ini sebagai tanda
penghargaan kami kepada Doktor, Jururawat dan Pembantu Perubatan IJN yang telah
bekerja keras setiap hari bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan para pesakit.

“Ini adalah salah satu cara untuk kami mengucapkan terima kasih kepada mereka“ kata Eddy Azly Abidin.

Program sebegini juga membolehkan Takaful IKHLAS untuk mendekati masyarakat
terutama golongan yang kurang bernasib baik.

Selain IJN, Takaful IKHLAS juga berkongsi kegembiraan Ramadan bersama anak-anak yatim dan fakir Maahad Nur Taqwa Lidirasah Islamiah dengan mengedarkan 50 unit mangkuk tingkat berisi juadah berbuka puasa kepada mereka.

Program Mangkuk Tingkat IKHLAS ini telah dianjurkan bersama Islamic Aid Malaysia (IAM).

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini